Pentas 2 di Aras 1, The Shore Shopping Gallery, Melaka
SESI BERSAMA DUTA ANUGERAH MELAKA MEMBACA
Alhamdulillah, salah satu sesi paling dinanti dalam Pesta Buku Melaka 2025 telah berlangsung dengan jayanya!
Sesi penuh inspirasi ini membuka mata para pengunjung tentang pentingnya budaya membaca dalam membina masyarakat berilmu dan berfikir.
Terima kasih En. Ahmad Fethri atas perkongsian yang menyentuh hati dan mencetus semangat membaca dalam kalangan rakyat Melaka!
Terima kasih juga kepada semua yang hadir dan menjayakan sesi ini. Moga semangat yang disemai hari ini terus berkembang dalam setiap jiwa yang mencintai ilmu.