Alhamdulillah, selesai sudah Program Komuniti WRUR: Perpustakaan Dihatiku, Buku Sahabatku di Perpustakaan Desa Bertam Hulu sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Sungai Udang.
Majlis Perasmian Program disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merangkap ADUN Paya Rumput. Turut hadir Yang Berusaha Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dan Yang Berusaha Encik Mohd Zaidi bin Md Said, Pengerusi JPKK Kampung Bertam Hulu.
Suasana meriah, sambutan hangat dari komuniti setempat dan penuh dengan aktiviti yang bermanfaat. Semoga usaha kecil ini terus menyemai minat membaca dan menjadikan perpustakaan sebagai tempat yang dekat di hati semua.
Terima kasih kepada semua yang terlibat!



“Wakil Rakyat & Perpustakaan: Bersama Membina Komuniti.”








