Bukan sekadar buku – ada aktiviti menarik, ilmu bermanfaat dan peluang eratkan komuniti!
Ramai sungguh hari ini yang hadir ke Program Komuniti Jom Ke Perpustakaan Cawangan Alor Gajah Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Rembia pada 9 Ogos 2025 (Sabtu).
Pelbagai aktiviti disediakan:
– Pertandingan Mewarna (Pra/ Tadika, Tahap 1, Tahap 2, Pendidikan Khas)
– Pertandingan Pakaian Beragam (Pra/ Tadika)
– Payung Berhias (Tahap 1)
– Buku Skrap Kemerdekaan (Tahap 2)
– Arca Kemerdekaan (Dewasa)
– Teka Berat Buku (Terbuka)
– Teka Jumlah Kacang (Terbuka)
– Pengunjung Bertuah (Terbuka)
– Jualan Buku & Zon Interaktif PERPUSTAM
– Kuiz bersama Perpustakaan Desa PNM
– Pameran Kesihatan
– Pameran Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
– Pameran Kolej Komuniti Selandar
– Pameran Hanizah Optometri
– Farm Fresh









