PESTA BUKU MELAKA 2025
PERTANDINGAN BUSANA TRADISIONAL MALAYSIA | SEKOLAH RENDAH / TAHAP 2
Malam ini, pentas Pesta Buku Melaka 2025 bertukar menjadi lautan warna dan budaya apabila si cilik dari Tahap 2 Sekolah Rendah melangkah penuh gaya dalam Pertandingan Busana Tradisional! 

Setiap langkah mereka bukan sekadar peragaan ia adalah kisah warisan, identiti, dan kebanggaan tanah air yang dihidupkan semula oleh generasi muda. Dari songket bersulam indah hingga tanjak megah, semuanya memukau!
Siapakah bakal merangkul gelaran paling bergaya malam ini?








