PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT
Telah diadakan Pertandingan Jejak Maklumat Sekolah Menengah (Berkumpulan) bertempat dalam persekitaran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. Seramai 30 kumpulan dari 3 Sekolah Menengah iaitu SMKA Sharifah Rodziah, SMKA Sultan Muhammad dan SMK Tinggi Melaka telah berentap bagi pertandingan ini. Sesi penyampaian hadiah adalah seperti berikut :
JOHAN : Kumpulan Bunga (SMKA Sharifah Rodziah)
NAIB JOHAN : Kumpulan Maras (SMKA Sultan Muhammad)
KETIGA : Kumpulan CBT (SMK Tinggi Melaka)
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Jejak Maklumat pada hari ini.









