PAMERAN DI SK SEMPANG MERLIMAU
05 Ogos 2025 (Selasa) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah turun padang mengadakan Pameran Literasi di Sekolah Kebangsaan Sempang, Merlimau sempena sambutan Minggu Galakan Membaca Tahun 2025.
Pameran ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid sejak dari usia awal serta memperkasakan budaya literasi di peringkat sekolah rendah. Pelbagai aktiviti menarik serta informasi berkaitan perpustakaan turut diketengahkan sepanjang pameran berlangsung :
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah atas inisiatif dan komitmen dalam menyokong usaha memperkukuh amalan membaca sebagai budaya berterusan dalam kalangan generasi muda.









