Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal 
Setelah hampir empat bulan menimba pengalaman serta menyumbang bakti di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, tibalah saat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Encik Muhammad ‘Izzuddin Bin Muhamad yang mengikuti Bidang Pentadbiran Sistem Maklumat (IT) di Micost .
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen, kerjasama serta dedikasi yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh latihan ini. Kehadiran beliau bukan sahaja membantu memperkukuh perkhidmatan kami, malah turut menceriakan suasana kerja.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam menempuh alam kerjaya pada masa hadapan. Kami mendoakan agar anda semua terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Selamat maju jaya!











