30 APRIL 2026 | KHAMIS
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan sambil belajar dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin, yang diwakili seramai 37 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi lawatan tersebut adalah :
1) Taklimat mengenai perpustakaan 
2) Kuiz spontan perpustakaan 
3) Penggunaan Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbuh (AR) 
4) Jom baca 10 minit dan bahan bacaan digital, BOOKR 
5) Lawatan berpandu 

Terima kasih kerana sudi mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
“MASYARAKAT BERILMU PENGGERAK WAWASAN”








