LAWATAN DARI SMK PULAU SEBANG
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Sebang yang melibatkan seramai 40 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang peranan perpustakaan dalam menyokong proses pembelajaran dan perkembangan ilmu pengetahuan, khususnya dalam era digital masa kini.
Sepanjang sesi lawatan, para pelajar telah mengikuti dua aktiviti utama iaitu:
PERPUSTAM amat menghargai inisiatif pihak SMK Pulau Sebang dalam mendekatkan pelajar kepada budaya ilmu dan pembacaan melalui aktiviti luar bilik darjah seperti ini.
Pihak perpustakaan berharap lawatan ini telah memberi manfaat yang positif serta meninggalkan pengalaman yang bermakna kepada semua yang terlibat.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar SMK Pulau Sebang atas kunjungan ini.









