Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) berbesar hati menerima jemputan untuk bersama-sama memeriahkan program ini melalui persembahan boneka serta pameran perpustakaan yang mengetengahkan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat khususnya murid-murid sekolah .
PERPUSTAM juga membawakan pelbagai aktiviti menarik seperti:
PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Lubuk Redan atas jemputan serta layanan mesra sepanjang program berlangsung.
Semoga usaha bersama ini dapat terus memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda, selain membantu membentuk masyarakat yang celik maklumat, berfikiran kritis dan berdaya saing.








