AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM 1
Thursday, 2024
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
13.02.2024 | WATERSPELEN
Cuti sekolah pada bulan ini diserikan dengan aktiviti “Waterspelen” bersama Cek Da. Permainan ini sangat mencabar dimana adik-adik perlu meniup bola ping-pong dari cawan ke cawan yang berisi air. Kesian adik-adik, kering anak tekak dibuli oleh Cek Da kita dalam permainan ini . Terima Kasih kepada semua yang hadir. Semoga kita berjumpa lagi pada keesokan hari !
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments
08 FEBRUARI 2024 (KHAMIS)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput untuk hadir ke Sekolah Rendah Arab (JAIM) Batang Tiga Timur, sempena Hari Kanak-Kanak. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :-
1. Persembahan Puppet
2. Kuiz Santai bersama Abang Wan & Kak Tasya
3. Penampilan Khas Maskot “MrBook”
4. Jualan Buku
5. Pameran U-Pustaka
Terima kasih kerana sudi menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Bengkel Literasi Maklumat & U-Pustaka
Thursday, 2024
Seramai 158 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Mas telah menyertai Bengkel Literasi Maklumat & U-Pustaka yang telah diadakan secara bersiri di sekolah itu baru-baru ini.
Bengkel Siri 1 diadakan pada 26.01.2024 telah disertai 47 orang murid; Siri 2 pada 31 .01.2024 disertai seramai 45 orang murid dan Siri 3 yang diadakan pada 07.02.2024 telah disertai seramai 66 orang murid.
Bengkel 3 Siri yang diadakan itu adalah bertujuan memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan mencari dan menggunakan maklumat dengan betul serta kepentingan dan penggunaan U-Pustaka bagi mendapatkan pelbagai maklumat dan bahan bacaan hanya di hujung jari sahaja.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Kunjung Hormat Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Melaka, Kementerian Dalam Negeri
Wednesday, 2024
Pengarah PERPUSTAM menerima kunjung hormat Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Melaka, Kementerian Dalam Negeri . Perjumpaan yang turut disertai oleh pegawai kedua-dua agensi ini berkongsi peranan dan fungsi serta peluang bagi menjalinkan kerjasama. Semoga perjumpaan ini menjadi asbab kerjasama dapat dijalinkan dengan erat dan memberikan manfaat kepada masyarakat.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Tadika Sri Prisma, sempena Hari Terbuka
Monday, 2024
04 FEBRUARI 2024 (AHAD)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput untuk hadir ke Tadika Sri Prisma, sempena Hari Terbuka. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :-
Permainan Interaktif:
1) Virtual Reality (VR)
2) Wall@Live
3) ColorMat@live
Terima kasih kerana sudi menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
02 FEBRUARI 2024 (JUMAAT)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput untuk hadir ke Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, sempena Hari Kanak-Kanak. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :-
1. Persembahan Puppet
2. Kuiz Santai Bersama Abang Wan dan Kak Tasya
3. Penampilan Khas Maskot “MrBook”
4. Jualan Buku
5. Virtual Reality (VR)
6. Pameran U-Pustaka
Terima kasih kerana sudi menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
MAJLIS BACAAN YAASIN
Monday, 2024
MAJLIS BACAAN YAASIN
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari.
Rutin Warga PERPUSTAM bersama-sama dalam Majlis Bacaan Yasin setiap hari Jumaat yang mana kakitangan perpustakaan negeri membaca secara fizikal dan kakitangan rangkaian menyertai secara dalam talian.
Semoga warga PERPUSTAM mendapat keberkatan dalam tugasan dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di negeri Melaka
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Lawatan sambil belajar dari PASTI GENIUS HUFFAZ
Monday, 2024
31 JANUARI 2024 (RABU)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan sambil belajar dari PASTI GENIUS HUFFAZ yang diwakili seramai 80 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi lawatan tersebut adalah :
1) Persembahan Puppet
2) Kuiz bersama Kak Tasya
3) Menari Bersama-Sama
4) Sesi Bercerita bersama Kak Tasya yang Bertajuk “Taat Perintah”
5) Permainan Interaktif
a) Wall@Live
b) Class VR
c) Color Mat@Live
6) Tayangan MOVIE
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
” “
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Majlis Meraikan pelajar Praktikal PERPUSTAM
Tuesday, 2024
Majlis Meraikan pelajar Praktikal PERPUSTAM iaitu Cik Nuralya Binti Sapri dan Cik Nurul Shahira Binti Ahmad Auzar yang telah menjalani latihan industri pada 4 September 2023 hingga 31 Januari 2024.
Segala jasa, bakti, usaha, idea, masa, tenaga, kenangan dan semuanya kepada PERPUSTAM selama 5 bulan ini amat kami hargai.
Semoga semuanya berjaya di masa hadapan dan menjadi insan bermanafaat dan dikurniakan semua yang terbaik.
Didoakan dipermudahkan semua urusan sama ada untuk menyambung pelajaran atau pun menempuhi alam pekerjaan
Terima kasih dan sampai Jumpa lagi insha’Allah
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Lawatan sambil belajar dari Pendidikan Khas SMK Tun Tuah
Tuesday, 2024
29 JANUARI 2024 (ISNIN)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan sambil belajar dari Pendidikan Khas SMK Tun Tuah yang diwakili seramai 68 orang pelajar dan 20 orang guru pengiring. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi lawatan tersebut adalah :
1) Taklimat Kenali Perpustakaan
2) Lawatan Berpandu
3) Permainan Interaktif
a) Wall@Live
b) Class VR
c) Xbox 360
d) Codbits
4) Tayangan Movie
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti