Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2o23. Semoga terus maju jaya dan menjadi pendorong kepada diri sendiri dan yang lain untuk terus cemerlang dalam menjalankan tugas. Anugerah ini disampaikan oleh YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM.
PERPUSTAM merakamkan penghargaan kepada kakitangan yang bersara wajib dan bersara pilihan pada tahun ini. Semua kakitangan diraikan dalam satu Majlis Persaraan Kakitangan Tahun 2o24 yang turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM. Kakitangan tersebut ialah :
1) Puan Fareza binti Mohamad
2) Puan Hasnah binti Sahat
3) Puan Enson binti Jantan
4) Puan Rohanah binti Atan
5) Encik Fauzi bin Hashim
Seluruh warga PERPUSTAM merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas jasa dan bakti yang dicurahkan selama ini . Selamat menempuh alam persaraaan dan semoga diberi kesihatan yang baik dalam menempuh hari-hari yang mendatang.