Sedekad Penganjuran Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dijalankan serentak di seluruh Malaysia
Tanggal 18 Mei 2023 akan tercatat dalam lipatan sejarah sebagai satu tarikh Sedekad Penganjuran Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia. Pelbagai kisah dan warna warni yang ditampilkan sepanjang 10 tahun penganjuran kempen membaca nasional ini. Semoga simbolik seruan membaca 10 minit ini menyemai minat ke arah menjadikan membaca sebagai satu budaya. Bagi negeri Melaka, majlis perasmian Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit bagi tahun 2023 telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka (PERPUSTAM) yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj Rosli Bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023
Pertandingan Mewarna Bagi Kategori Pelajar Tadika sempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri Melaka
PERPUSTAM telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Bagi Kategori Pelajar Tadika sempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Bagi Tahun 2023. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tadika Genius Aulad, Tadika Cilik Al-Fateh, Tadika Ake Musai, Tadika Sinar Gemilang dan Tadika Pasti Ibnu Sina yang telah menghantar adik-adik comel untuk memberi sokongan pengisian program jom baca pada tahun ini
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023
Tanggal 18 April 2023 bersamaan 27 Ramadan 1444H telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Infrastruktur Bangunan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Bangunan PERPUSTAM. Turut hadir YBhg Datuk Ir Hj Ismail Bin Abd Rahman, Pengarah JKR Melaka yang menyerahkan projek kepada YBrs Encik Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023
# : – /
World #QuranHour tahun 2023 adalah berinteraksi dengan – ( ), menyasarkan misi Masuk Syurga Sekeluarga dan melahirkan insan al-Abrar.
Program ini telah berlangsung pada 22 Ramadan 1444H bersamaan 13 April 2023, bermula dari jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.
️ Tarikh : 13 April 2023 (Khamis)
⏰ Masa : 12.00 hingga 1.00 Tengah Hari
Tempat : Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka
: (.) , –
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023
Taklimat Pencegahan Kebakaran daripada Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur (PPKKL)
PERPUSTAM amat mementingkan aspek kesedaran dan keselamatan di tempat kerja kepada warga kerja dan juga orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Perpustakaan . Sehubungan dengan itu, diadakan satu taklimat Pencegahan Kebakaran yang disampaikan oleh Cik Nurnabila Huda Binti Khairuddin daripada Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur (PPKKL). Semoga perkongsian ini dapat menyebarkan pengetahuan tentang pencegahan kebakaran.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023
PERPUSTAM merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada 8 orang kakitangan PERPUSTAM yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri (MAPAN) Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Tahun 2023, pada 20 Mac 2023
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka
PERPUSTAM berharap, budaya kecemerlangan ini terus dipraktikkan dalam melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan dan dapat memberikan inspirasi kepada rakan-rakan sekerja yang lain bagi mewujudkan budaya kecemerlangan dalam perkhidmatan PERPUSTAM kepada masyarakat di Negeri Melaka
Senarai Penerima:
1. Tuan Haji Mohd Ridzuan Bin Abd Jalil
2. Encik Mohd Rizuan Bin Mustafa
3. Encik Qusyairy Bin Abd Malek
4. Puan Rosni Bin Arshad
5. Puan Maslinah Binti Abdollah
6. Cik Faridah Binti Md Bazid
7. Puan Noridah Binti Bakar
8. Puan Siti Rohati Binti Harun
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023
Audit Surveillance 2 MS ISO 37001 : 2016
PERPUSTAM telah selesai menjalani Audit Surveillance 2 MS ISO 37001 : 2016 oleh Pihak SIRIM pada 16 dan 17 Mac 2023. Tahniah kepada semua warga PERPUSTAM.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023
Program “Biblioterapi” Terapi Minda Melalui Buku
Program “Biblioterapi” Terapi Minda Melalui Buku Anjuran AADK Daerah Alor Gajah Bersama PERPUSTAM pada 17 Januari 2023 bertempat di Dewan Perpustakaan Cawangan Masjid Tanah.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023