PERPUSTAM komited untuk memperolehi Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat serta menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi. Oleh itu, satu kursus EKSA telah diadakan pada 8 dan 9 Mei 2024 kepada Ahli Jawatankuasa Induk, Juru Audit serta ahli-ahli kumpulan yang terlibat dalam pelaksanaan EKSA di PERPUSTAM. Terima kasih kepada penceramah dari INTAN Wilayah Selatan iaitu Tuan Haji Azman Bin Abd Wahab dan Puan Norizan Aloha Binti Bohari atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.