
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima undangan bagi mengadakan pameran dan aktiviti bertempat di Sekolah Kebangsaan Peringgit.
Program ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi kempen galakan membaca peringkat sekolah disamping memberi pendedahan kepada murid tentang perkhidmatan yang disediakan oleh PERPUSTAM.
Diantara aktiviti yang telah dijalankan adalah :-
1. Pameran Perpustakaan
2. Jualan Buku PERPUSTAM
3. Pendaftaran Keahlian
4. Kuiz Kepantasan Minda


