CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM
SELASA | 28 JANUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Leluhar Cinta bersama Abang Khairin”
Sesi Petang : Aktiviti “Aktiviti Tepuk Tangkap Sayang bersama Kak Nani”
Semakin hari semakin membara sambutan aktiviti di PERPUSTAM sempena cuti sekolah ini walaupun ada yang sudah pergi bercuti bersama keluarga. Sajian aktiviti yang menarik dan menakjubkan menjadi faktor keinginan adik-adik untuk hadir ke perpustakaan. Aktiviti hari ini membawa peserta terbang bebas di udara menuju alam fantasi bersama Abang Khairin manakala Kak Nani mengajar peserta supaya jangan mudah berputus asa dalam mencapai sesebuah kejayaan dalam kehidupan.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih kepada semua yang meluangkan masa menyertai aktiviti pada hari ini. Semoga anda semua belajar sesuatu melaluinya. Kita bertemu semula selepas cuti tahun baru cina.








