CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 6
Wednesday, 2025
ISNIN | 27 JANUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Santapan Hati Semanis Rasa bersama Che Da”
Sesi Petang : Aktiviti “Bom Cinta bersama Kak Cha”
Pertemuan kita hari ini ibarat saudara yang sudah lama tidak berjumpa padahal baru sahaja bersua minggu lepas. Itu tandanya PERPUSTAM merindui anda semua. Sorotan aktiviti hari ini penuh bertenaga dan semangat. Hal ini jelas ditonjolkan oleh adik-adik melalui penglibatan aktiviti bersama Che Da dan juga Kak Cha.
Esok ada satu lagi aktiviti sebelum cuti perayaan tahun baru cina. Sekiranya anda berkelapangan, boleh hadir. Terima kasih untuk hari ini.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 5
Wednesday, 2025
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM
JUMAAT | 24 JANUARI 2025
Sesi Pagi: Aktiviti “Manis dalam Debu bersama Abang Lokman”
Sesi Petang : Aktiviti “Timbang Kasih bersama Abang Acer”
Riang ria cuti sekolah jelas terpancar melalui senyuman manis adik-adik yang menyertai aktiviti pada hari ini. Peserta aktiviti pada kali ini begitu sporting walaupun melalui pelbagai jenis aktiviti baharu. Lihatlah gambar-gambar reaksi mereka sepanjang aktiviti berlangsung melalui lensa kamera. Semoga adik-adik terhibur.
PERPUSTAM berterima kasih kepada semua yang turut serta melancarkan perjalanan aktiviti pada hari jumaat yang mulia ini. Ayuh kita teruskan lagi penerokaan aktiviti cuti sekolah ini pada minggu hadapan. Datang tau !


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Lawatan dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Generasi Nur
Tuesday, 2025
PERPUSTAM berbesar hati menerima lawatan dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Generasi Nur yang disertai seramai 20 kanak-kanak lelaki, 20 kanak-kanak perempuan dan 2 guru pengiring. Kunjungan istimewa ini berlangsung 2 hari iaitu pada 23 hingga 24 Januari 2025 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Sesi lawatan adik-adik diselitkan pelbagai aktiviti yang membuka minda antaranya lawatan berpandu ke Perpustakaan kanak-kanak, permainan uji minda, meneroka dunia membaca dan permainan interaktif.
Terima kasih kerana sudi berkunjung kesini dan semoga selepas ini adik-adik boleh ajak ibu bapa untuk bersama-sama mengimarahkan perpustakaan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 4
Tuesday, 2025
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM
KHAMIS | 23 JANUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Siapa Makan Cili , Dia Rasa Pedas”
Sesi Petang : Aktiviti “Kotak Ajaib dan Fokus Minda bersama Team PERPUSTAM”
Perjalanan aktiviti cuti sekolah di PERPUSTAM diteruskan lagi dengan pengisian content-content yang GEMPAK ! Kehadiran adik-adik pada hari ini tidak disia-siakan begitu sahaja kerana sajian aktiviti pada sesi pagi dan petang memberikan banyak manfaat kepada semua antaranya peserta dapat menyelusuri dunia masakan “RAMEN” yang lazat selain dapat menguji daya fokus tentang sesuatu perkara.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih kepada adik-adik serta ibu bapa atas kesudian menyertai aktiviti pada hari ini. Nampak tak? bestkan datang perpustakaan lebih-lebih lagi sempena cuti sekolah, macam-macam boleh buat. Jadi tunggu apa lagi, Jom positifkan masa lapang anda di Perpustakaan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 3
Tuesday, 2025
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM
RABU | 22 JANUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Putus Sudah Kasih Sayang Rasa bersama Che Da”
Sesi Petang : Aktiviti “Fikirkan Kamu Aku Gila bersama Kak Nanad”
Jom semaikan kasih anda sempena cuti sekolah ini melalui aktiviti-aktiviti menarik di PERPUSTAM. Ternyata aktiviti pada hari ini mendapat sambutan begitu hangat dimana para peserta perlu berfikir diluar kotak dan serlahkan daya kreativiti masing-masing dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Terima kasih atas kehadiran anda semua, mana yang belum berkesempatan untuk hadir tu, boleh datang esok ya. Banyak lagi aktiviti boleh anda sertai.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 2
Tuesday, 2025
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM
SELASA | 21 JANUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Panahan Hati bersama Kak Nanad”
Sesi Petang: Aktiviti “Jalan Senyap- Senyap bersama Abang Lokman”
PERPUSTAM kembali riuh dengan jeritan suara kegembiraan dan keterujaan adik-adik semasa aktiviti dijalankan. Slot aktiviti hari ini sangat lain dari biasa kerana ianya melibatkan pergerakan fizikal malah juga memberi aura positif kepada para peserta dalam pergaulan bersama rakan-rakan baru.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir bagi pengisian slot aktiviti pada hari ini. Semoga kita bersua kembali pada aktiviti esok !

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 1
Tuesday, 2025
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM
ISNIN | 20 JANUARI 2025
Sesi Pagi: Aktiviti “Cubitan-cubitan bersama Abang Amir”
Sesi Petang : Aktiviti “Letupan Bara bersama Kak Cha”
Suasana yang meriah dan penuh keceriaan mewarnai aktiviti cuti sekolah sempena permulaan tahun baru ini. Adik-adik dan ibubapa mulai membanjiri PERPUSTAM seawal jam 9.00 pagi. Aktiviti harini juga mendapat sambutan yang cukup WOW!
Terima kasih kerana sudi menjadikan perpustakaan sebagai destinasi wajib sempena cuti sekolah ini. Masih jauh lagi perjalanan aktiviti kami, jom kita terokai bersama-sama.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
SABTU | 18 JANUARI 2025
PERPUSTAM telah mengambil bahagian sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Kuala Linggi bagi Sesi Hari Bertemu Rakyat (HBR) bertempat di Padang SK Othman Shawal Kuala Sungai Baru, Melaka.
Pelbagai perkhidmatan disediakan sepanjang program ini berlangsung antaranya Promosi Keahlian PERCUMA, Zon Bacaan Digital PERPUSTAM, u-Pustaka : u-Library , Book R, Permainan Interaktif (AR & VR) dan Bas Bergerak Pustaka Digital.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir bagi memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan harini sekaligus mendekatkan lagi PERPUSTAM dengan rakyat khususnya diperingkat komuniti.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal
Tuesday, 2025
JUMAAT | 17 JANUARI 2025
Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal iaitu Cik Nazurah binti Hishammudin, Cik Nur Nazlia binti Mohd Kamaruzzaman, Cik Nurul Natasha binti Muhammad Firdaus Ambrose yang akan menamatkan Latihan Industri di PERPUSTAM pada 17 Januari 2025 manakala Cik Faten Shahira binti Omar pada 24 Januari 2025.
Untuk makluman, Cik Nazurah, Cik Nazlia dan Cik Natasha telah pun menjalani Latihan Industri di PERPUSTAM bermula dari 05 Ogos 2024 hingga 17 Januari 2025 manakala Cik Faten Shahira binti Omar bermula dari 12 Ogos 2024 hingga 24 Januari 2025.
Mereka adalah pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM Cawangan Kampus Rembau dan Bandaraya Melaka) di dalam Pengajian Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan, Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia.
Warga PERPUSTAM mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kepada mereka semua didalam segala bidang lapangan kerjaya yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
RABU | 15 JANUARI 2025
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih kepada Pusat Anak Permata Negara (PAPN), Bukit Katil atas kunjungan mesra ke laman hikmah kami. Lawatan ini disertai oleh 35 orang anak permata dan 7 orang guru pengiring.
Adik-adik yang menyertai sesi lawatan harini pasti tidak akan melupakan kenangan terindah yang tertulis disini kerana kami telah membawa semua menerokai alam perpustakaan yang mengagumkan melalui aktiviti seperti lawatan berpandu, sesi bercerita bersama abang amir, persembahan boneka, kuiz spontan dan permainan interaktif.
Semoga pengalaman ini menjadi langkah permulaan dan pertemuan adik-adik ke arah menerokai ilmu melalui pembacaan khususnya di perpustakaan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti














