Majlis Perasmian Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2022
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka ( PERPUSTAM) telah selesai menjalani Audit Surveillance 1 MS ISO 37001 : 2016 oleh Pihak SIRIM pada 17-18 Mac 2022.Tahniah kepada semua warga PERPUSTAM.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2022
Jalinan Kerjasama PERPUSTAM dengan Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (SSTP JPNM)
Terima kasih kepada Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ( SSTP JPNM ) yang sudi menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2022
Taklimat Kesedaran Manual Sistem Pengurusan Anti Rasuah
Taklimat Kesedaran Manual Sistem Pengurusan Anti Rasuah yang telah diadakan pada 15 Mac 2022 bertempat di Dewan Lekir, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2022
Menerima Kunjungan Warga Kerja Perpustakaan Kuala Lumpur
PERPUSTAM berbesar hati menerima kunjungan warga kerja Perpustakaan Kuala Lumpur dalam lawatan penanda aras bagi perkongsian amalan terbaik perkhidmatan perpustakaan serta pelaksanaan program dan aktiviti. Semoga perkongsian dan pertukaran idea ini memberi manfaat kepada kedua-dua perpustakaan dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2022
Kecil Tapak Tangan Nyiru Ditadahkan
PERPUSTAM merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atas kesudian menjalinkan kerjasama strategik dari segi program, aktiviti, kepakaran dan sebagainya. Kata sepakat yang dicapai bakal memberi manfaat kepada masyarakat.. Insya Allah
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2022
Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2022
Perbincangan Bersama Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka Bagi Mencapai Misi PERPUSTAM sebagai Penggerak Utama Masyarakat Berbudaya Membaca
Selaras misi PERPUSTAM sebagai Penggerak Utama Masyarakat Berbudaya Membaca dengan memberikan Khidmat Nasihat Dalam Bidang Kepustakawanan, PERPUSTAM berbesar hati menerima pelawaan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka bagi membangunkan Pusat Sumber dari segi pengurusan, perekodan bahan, penyusunan, pengkatalogan, pengelasan dan pengurusan sistem perpustakaan
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2021
Sumbangan Bahan Bacaan Kepada Kanak-kanak Mangsa Banjir Dengan Kerjasama Antara PERPUSTAM & GPMS Negeri Melaka
PERPUSTAM berbesar hati dapat menyumbangkan bahan bacaan bagi memberi sokongan kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Melaka yang akan menganjurkan aktiviti bagi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara dengan tujuan memberikan sokongan dari segi keperluan dan sokongan sosial khususnya Kanak-Kanak
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2021
Kempen Jom Sihat Anjuran PERPUSTAM Bersama Kelab Sosial Dan Kebajikan Kakitangan PERPUSTAM (KSKP)
PERPUSTAM dengan kerjasama Kelab Sosial Dan Kebajikan Kakitangan PERPUSTAM (KSKP) telah menganjurkan Kempen Jom Sihat yang bermula pada 22 Disember 2021 sehingga 22 Februari 2022. Oleh itu, satu Program Gotong-Royong ‘Nature-Friendly, Healthy Lifestyle’ telah diadakan pada 23 Disember 2021 yang dilancarkan oleh YBrs. En. Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris Pengarah PERPUSTAM . Antara pengisian adalah senamrobik, gotong-royong pembersihan kawasan, menanam pokok dan sebagainya.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2021





















































































