Syokkknyaaaaaa Cuti Sekolah 10
Syokkknyaaaaaa Cuti Sekolah Dah Tiba!
27.12.2023 | SESI PAGI| AISKRIM GONCANG
Aktiviti pagi ini dinamakan “Aiskrim Goncang”. Aktiviti ini sangat unik dimana adik-adik perlu mengoncangkan air berperisa sehingga menjadi aiskrim. Bahan-bahan yang digunakan ialah garam, ais, balang, plastik aiskrim serta air berperisa. Pelbagai jenis gelagat dan telatah yang mencuit hati ketika adik-adik melakukan aktiviti ini. Terima Kasih kepada semua yang hadir. Jumpa petang nanti !
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Syokkknyaaaaaa Cuti Sekolah 9
Syokkknyaaaaaa Cuti Sekolah Dah Tiba!
26.12.2023 | SESI PETANG | JENTIK PING-PONG
Aktiviti petang ini dinamakan “Jentik Ping-Pong”. Permainan pada petang ini sangat mudah dimana adik-adik perlu melantunkan bola ping-pong masuk ke dalam kotak telur yang disediakan. Terlihat adik-adik seronok bermain permainan ini. Terima Kasih kepada semua yang hadir. Semoga kita berjumpa lagi pada keesokan hari !
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) yang telah diadakan pada 26 Disember 2023 bertempat di Dewan Lekir, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Persaraan Encik Mesti Bin Sadiman, Pemandu PERPUSTAM
PERPUSTAM meraikan persaraan Encik Mesti Bin Sadiman, Pemandu PERPUSTAM yang telah menabur bakti berkhidmat selama 20 tahun di PERPUSTAM. Seluruh warga PERPUSTAM merakamkan ucapan terima kasih atas jasa dan bakti yang dicurahkan kepada PERPUSTAM selama ini . Selamat menempuh alam persaraaan dan semoga diberi kesihatan yang baik dalam menempuh hari-hari yang mendatang
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Syokkknyaaaaaa Cuti Sekolah 8
Syokkknyaaaaaa Cuti Sekolah Dah Tiba!
22.12.2023 | SESI PETANG| CHRISTMAS GAME
Aktiviti kita pada petang ini ialah permainan “Christmas Game”. Aktiviti ini dilakukan secara santai dimana adik-adik perlu membagi-bagi bola mengikut irama lagu. Terima Kasih kepada semua yang hadir. Jumpa minggu depan
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Syokkknyaaaaaa Cuti Sekolah 7
Syokkknyaaaaaa Cuti Sekolah Dah Tiba!
21.12.2023 | SESI PAGI| SPEED GAME
Aktiviti kita pada pagi ini ialah permainan “Speed Game”. Aktiviti ini menguji daya fokus adik-adik ketika mendengar arahan yang diberikan. Terlihat adik-adik gembira dan seronok bermain aktiviti ini. Terima Kasih kepada semua yang hadir. Jumpa petang nanti !
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Syokkknyaaaaaa Cuti Sekolah 6
Syokkknyaaaaaa Cuti Sekolah Dah Tiba!
20.12.2023 | SESI PETANG| SCOOP IN THE DARK
Aktiviti kita pada petang ini ialah permainan “Scoop In The Dark”. Pelbagai gelagat dah telatah adik-adik menceduk gula-gula ke dalam cawan. Terima Kasih kepada semua. Jumpa lagi untuk aktiviti esok!
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Syokkknyaaaaaa Cuti Sekolah 5
Syokkknyaaaaaa Cuti Sekolah Dah Tiba!
20.12.2023 | SESI PAGI| BABY DONUT
Aktiviti kita pada pagi ini ialah membuat “Baby Donut” yang sangat sedap. Bukan sahaja buat donut, adik-adik boleh makan donut sekali tau. Terima Kasih kepada adik-adik kerana sudi melibatkan diri dalam aktiviti pagi ini. Jumpa lagi untuk aktiviti seterusnya!
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Kem Matematik : Didik Hibur Matematik Teknik Garis dan Butang
Sesi cuti persekolahan pada hari ini juga dimanfaatkan sepenuhnya oleh ibu bapa yang turut menghantar anak-anak yang berada di tahap 1 dan tahap 2 bagi menyertai Kem Matematik : Didik Hibur Matematik Teknik Garis dan Butang yang dikendalikan oleh En Ab Rahim Hj Ab Samad di Perpustakaan Negeri
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Memperkasa perkhidmatan Pusat Sumber KEMAS
Kerjasama persefahaman antara PERPUSTAM dan KEMAS negeri Melaka bagi memperkasa perkhidmatan Pusat Sumber KEMAS direalisasikan dengan bantuan khidmat nasihat serta penambahan bahan bacaan di Pusat Sumber Kemas Alai. Semoga kerjasama yang terjalin ini memberikan manfaat kepada masyarakat di sekitar Alai khususnya memberikan lebih pilihan dalam mendapatkan sumber bahan bacaan
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti














