TALIAN HOTLINE : 06-282 4859
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan
  • Peta Laman

PERPUSTAM

  • UTAMA
  • Info Korporat
    • Perutusan Pengarah
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Profil Pengurusan
    • Carta Organisasi
    • Kronologi
    • MS ISO 9001:2015
      • Perutusan Pengarah
      • Dasar Kualiti & Objektif Kualiti
    • MS ISO 37001:2016
    • Enakmen PERPUSTAM 75
    • Enakmen PERPUSTAM 93
  • Perkhidmatan
    • Perkhidmatan Perpustakaan
    • Peraturan Perpustakaan
    • Waktu Perkhidmatan
    • Syarat Keahlian
    • Kadar Sewa
    • Rangkaian Perpustakaan
      • Komuniti
      • Zon Merlimau
      • Zon Masjid Tanah
      • Zon Jasin
      • Zon Melaka Tengah
      • Zon Alor Gajah
      • Bas Bergerak / E-Pustaka
  • Bahagian Koleksi
    • Bahagian Koleksi Rujukan
    • Bahagian Koleksi Terbitan
    • Bahagian Koleksi Pinjaman
    • Bahagian Koleksi Peperiksaan
    • Bahagian Koleksi Melaka
    • Bahagian Koleksi Lincoln
  • Piagam
  • Aktiviti
  • Sebut Harga
  • Berita
  • Hubungi Kami
    • Lokasi
    • Soalan Lazim
    • Maklum Balas

PESTA BUKU MELAKA 2025

Friday, 2025 by perpustam
PESTA BUKU MELAKA 2025
PESTA BUKU MELAKA 2025
⏰10.30 Pagi – 1.00 Tengah Hari
24 September 2025 (Rabu)
Pentas Utama, The Shore Shopping Gallery, Melaka
PERTANDINGAN KALAM JAMAI’E | SEKOLAH RENDAH (TAHAP 2)
Seramai 5 kumpulan berentap mempersembahkan kebolehan mereka dalam seni Kalam Jamai’e.
Setiap kumpulan menampilkan persembahan dengan penuh semangat, penghayatan dan kreativiti yang tersendiri.
Nantikan pengumuman rasmi pemenang dalam hantaran kami yang seterusnya!PESTA BUKU MELAKA 2025 PESTA BUKU MELAKA 2025 PESTA BUKU MELAKA 2025
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

PESTA BUKU MELAKA 2025

Friday, 2025 by perpustam
SESI PERKONGSIAN :
PESTA BUKU MELAKA 2025
⏰10.30 Pagi – 12.30 Tengah Hari
24 September 2025 (Rabu)
Tingkat 1, Pentas 2, The Shore Shopping Gallery, Melaka
SESI PERKONGSIAN : “REMAJA, JALAN GELAP DAN SINAR HARAPAN”
✨Bersama: Puan Hayati Masni binti Datuk Hj Abdul Azis (Pegawai, Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Jabatan Penjara Malaysia)
Sesi yang penuh makna ini telah membuka ruang untuk para peserta memahami realiti kehidupan remaja yang terjebak dalam kancah gelap namun masih punya peluang untuk berubah dan bangkit dengan harapan baharu.
Terima kasih atas perkongsian yang menyentuh hati dan sarat dengan pengajaran. Moga menjadi titik tolak kepada perubahan positif dalam kalangan generasi muda.SESI PERKONGSIAN : "REMAJA, JALAN GELAP DAN SINAR HARAPAN" SESI PERKONGSIAN : "REMAJA, JALAN GELAP DAN SINAR HARAPAN" SESI PERKONGSIAN : "REMAJA, JALAN GELAP DAN SINAR HARAPAN"
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

PROGRAM SEMARAK PENDIDIKAN DAERAH JASIN TAHUN 2025

Friday, 2025 by perpustam
PROGRAM SEMARAK PENDIDIKAN DAERAH JASIN TAHUN 2025
PROGRAM SEMARAK PENDIDIKAN DAERAH JASIN TAHUN 2025
09 – 11 September 2025 (Selasa – Khamis)
⏰8.00 Pagi – 5.00 Petang
PPD, Jasin
PERPUSTAM telah dijemput bagi mengadakan pameran di PPD Jasin yang telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari bermula 9 hingga 11 September 2025.
Pameran ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkaya pengalaman membaca dalam kalangan pelajar, tetapi juga membuka pintu kepada inovasi pendidikan melalui teknologi terkini.
Beberapa aktiviti utama yang telah dijalankan sepanjang pameran ini adalah:
Pameran u-Pustaka : u-Library dan Zon Digital PERPUSTAM
Permainan Robotik
️ Pameran Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR)
Jualan Buku Menarik
Book R Class & Grolier Super Reader
️Permainan Dam Ular Gergasi
Pihak PERPUSTAM ingin mengucapkan terima kasih kepada PPD Jasin dan semua pengunjung yang hadir.
Semoga usaha ini dapat diteruskan demi mencipta generasi yang celik maklumat dan teknologi untuk masa depan yang lebih cemerlang.PROGRAM SEMARAK PENDIDIKAN DAERAH JASIN TAHUN 2025 PROGRAM SEMARAK PENDIDIKAN DAERAH JASIN TAHUN 2025 PROGRAM SEMARAK PENDIDIKAN DAERAH JASIN TAHUN 2025
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Friday, 2025 by perpustam
AKTIVITI CUTI SEKOLAH
AKTIVITI CUTI SEKOLAH 
“MARI MENEROKA KEMANISAN BERSAMA PERPUSTAM“
Serikan Cuti
Maniskan Hati
18 SEPTEMBER 2025 (KHAMIS)
11.00 pagi sehingga 4.30 petang
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru.
Sesi Pagi – Aktiviti “Hot Air Ballon” bersama Kak Shikin
Sesi Petang – Aktiviti “Colour Blind Game & Catch The Ball” bersama Kak Maryam
Hari Khamis adik-adik diceriakan dengan aktiviti DIY bersama Kak Shikin yang sangat kreatif dan menyeronokkan. Adik-adik diberi peluang untuk menghasilkan belon udara panas mereka sendiri menggunakan pelbagai bahan yang boleh diperolehi seperti cawan kertas, kertas warna dan belon. Masing-masing begitu teruja memilih warna, melukis corak, dan menghias cawan kertas mengikut cita rasa sendiri. Hasilnya? Belon udara panas yang unik dan penuh warna-warni, sama seperti senyuman di wajah mereka.
Sesi petang pula, suasana menjadi lebih gempak apabila tiba giliran Kak Maryam mengendalikan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan menguji minda serta ketangkasan adik-adik. Aktiviti ini bukan sahaja mencabar minda dan fokus, tapi juga mengajar adik-adik bersaing secara sihat. Sorakan, gelak tawa dan semangat kawan-kawan menjadikan permainan ini antara yang paling menyeronokkan hari ini!
Ayuh adik-adik kita manfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini di Perpustakaan.
Penyertaan adalah PERCUMA! Maghi Lerr…
Terima kasih kepada semua yang hadir hari ini!
Jangan lupa aktiviti esok pula ya… datang tau!
Cuti sekolah ni nak ke mana lagi?
PERPUSTAKAAN lah!AKTIVITI CUTI SEKOLAH AKTIVITI CUTI SEKOLAH AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Friday, 2025 by perpustam
AKTIVITI CUTI SEKOLAH
AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Serikan Cuti
Maniskan Hati
Sempena Cuti Sekolah ini…
✨ Mari Meneroka Kemanisan Bersama PERPUSTAM! ✨
17 September 2025 (Rabu)
Sesi Pagi: Squiddy Fun Craft bersama Kak Hana
Sesi Petang: Pass The Ball In The Cup bersama Kak Nasha
Terima kasih kepada semua yang hadir hari ini!
Jangan lupa aktiviti esok pula ya… datang tau!
Cuti sekolah ni nak ke mana lagi?
PERPUSTAKAAN lah!AKTIVITI CUTI SEKOLAH AKTIVITI CUTI SEKOLAH AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL

Friday, 2025 by perpustam
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
11 September 2025 (Khamis) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan rasa penuh penghargaan mengucapkan terima kasih kepada pelajar praktikal yang telah menjalani latihan di PERPUSTAM.
Pelajar-pelajar yang diraikan dalam majlis tersebut adalah seperti berikut: :
1) Zul Iskandar Bin Mohd Tahir
2) Iman Qistina binti Mohd Ismail
3) Nur Zhafirah Binti Rahim
Segala pengalaman dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang tempoh latihan amat dihargai. Kami doakan kejayaan berterusan dalam setiap langkah perjalanan anda!
Semoga segala ilmu yang diperoleh di sini menjadi bekalan untuk masa depan yang cemerlang. Terima kasih atas komitmen dan sumbangan anda. Selamat maju jaya!MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

KARNIVAL SEMARAK CINTA RASUL SEMPENA MAULIDUR RASUL 1447H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025

Tuesday, 2025 by perpustam
KARNIVAL SEMARAK CINTA RASUL SEMPENA MAULIDUR RASUL 1447H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025
KARNIVAL SEMARAK CINTA RASUL SEMPENA MAULIDUR RASUL 1447H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah mengambil bahagian dalam Karnival Semarak Cinta Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 bertempat di Dataran Pusat Islam yang berlangsung bermula 04 hingga 07 September 2025.
Sepanjang karnival ini, PERPUSTAM telah membawakan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur, antaranya Pameran Perpustakaan, Permainan Interaktif, Jualan Buku dan banyak lagi.
Penyertaan ini adalah sebahagian daripada usaha PERPUSTAM dalam menyemarakkan budaya ilmu dan kecintaan terhadap Rasulullah SAW dalam kalangan masyarakat.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi memeriahkan booth PERPUSTAM. Jumpa lagi di program akan datang!KARNIVAL SEMARAK CINTA RASUL SEMPENA MAULIDUR RASUL 1447H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025 KARNIVAL SEMARAK CINTA RASUL SEMPENA MAULIDUR RASUL 1447H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025 KARNIVAL SEMARAK CINTA RASUL SEMPENA MAULIDUR RASUL 1447H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA 1447H/2025M

Tuesday, 2025 by perpustam
MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA 1447H/2025M
MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA 1447H/2025M
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen PERPUSTAM atas penyertaan dalam perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025.
Penyertaan ini bukan sahaja memperlihatkan semangat kecintaan terhadap Rasulullah SAW, malah mencerminkan komitmen tinggi warga PERPUSTAM dalam menjunjung syiar Islam serta memperkukuh peranan institusi ilmu dalam masyarakat.
Semoga semangat ini terus hidup dan menjadi inspirasi dalam memperkasa umat melalui pembacaan, pendidikan dan penghayatan ilmu.MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA 1447H/2025M MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA 1447H/2025M MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA 1447H/2025M
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Thursday, 2025 by perpustam
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
05 September 2025 (Rabu)
SMK Tambun, Perak
40 Pelajar & 4 Guru Pengiring
Alhamdulillah, setelah menerima lawatan penuh bermakna dari Pulau Pinang, kini PERPUSTAM menyambut lawatan dari Sekolah Menengan Kebangsaan Tambun, Perak.
Pelbagai aktiviti berinformasi telah disusun bagi memperkaya pengalaman para pelajar. Antaranya :
✅ Taklimat Pengenalan Perpustakaan
✅ Bengkel Literasi Maklumat : u-Pustaka
✅ Sesi Kuiz Santai
✅ Pameran u-Pustaka dan Permainan Interaktif
✅ Lawatan Berpandu
Kami berharap lawatan ini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berkembang dalam dunia pembelajaran, sekaligus memupuk kecintaan terhadap ilmu dan maklumat yang berguna.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan lawatan ini, serta kepada pihak sekolah yang sudi berkunjung ke sini. Semoga ini lawatan ini menjadi langkah pertama dalam memperkukuh budaya ilmu dalam kalangan pelajar sekolah.LAWATAN SAMBIL BELAJAR LAWATAN SAMBIL BELAJAR LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Thursday, 2025 by perpustam
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
05 September 2025 (Rabu)
SK Taman Senangan, Butterworth Pulau Pinang
55 Pelajar & 10 Guru Pengiring
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) berbesar hati menerima kunjungan istimewa daripada warga Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, Butterworth, Pulau Pinang yang sanggup merentas perjalanan jauh dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia semata-mata demi memperkaya ilmu dan pengalaman para pelajar.
Lawatan ini bukan sekadar kunjungan, tetapi satu pengembaraan ilmu yang sarat dengan aktiviti menarik dan bermanfaat. Sepanjang sesi, para pelajar disajikan dengan pelbagai pengalaman baharu melalui:
✅ Taklimat Pengenalan Perpustakaan
✅ Bengkel Literasi Maklumat : u-Pustaka
✅ Sesi Kuiz Santai
✅ Pameran u-Pustaka dan Permainan Interaktif
✅ Lawatan Berpandu
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan. Semoga perjalanan ilmu ini menjadi kenangan terindah dan mencetuskan inspirasi untuk terus mencintai dunia pembacaan dan pengetahuan.LAWATAN SAMBIL BELAJAR LAWATAN SAMBIL BELAJAR LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23

PERPUSTAM

Recent Posts

  • Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2026

    Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2026

    Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Keban...
  • Sorotan forum Hari Pustakawan Kebangsaan & Hari Arkib Antarabangsa

    Sorotan forum Hari Pustakawan Kebangsaan & Hari Arkib Antarabangsa

    Sorotan forum Hari Pustakawan Kebangsaan & ...
  • HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH

    HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH

    HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOL...
  • HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : SCHOOL HOLIDAYS ACTIVITIES

    HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH

    HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOL...
  • HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM: : AKTIVITI CUTI SEKOLAH

    HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM: : AKTIVITI CUTI SEKOLAH

    @ : AKTIVITI CUTI SEKOLAH Rabu 03 MEI 2026 : SE...

Recent Comments

    Archives

    • June 2026
    • May 2026
    • April 2026
    • March 2026
    • February 2026
    • January 2026
    • December 2025
    • November 2025
    • October 2025
    • September 2025
    • August 2025
    • July 2025
    • June 2025
    • May 2025
    • April 2025
    • March 2025
    • February 2025
    • January 2025
    • December 2024
    • November 2024
    • October 2024
    • September 2024
    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • May 2024
    • April 2024
    • March 2024
    • February 2024
    • January 2024
    • December 2023
    • November 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • July 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • January 2023
    • October 2022
    • September 2022
    • August 2022
    • July 2022
    • June 2022
    • May 2022
    • April 2022
    • March 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • September 2021
    • June 2021
    • April 2021
    • March 2021
    • January 2021
    • December 2020
    • September 2020
    • June 2020
    • May 2020
    • April 2020
    • March 2020
    • December 2019
    • October 2019
    • May 2019
    • April 2019
    • March 2019
    • February 2019
    • January 2019
    • July 2018
    • June 2018
    • May 2018
    • April 2018
    • January 2018
    • December 2017
    • November 2017

    Categories

    • Aktiviti
    • Aktiviti 2017
    • Aktiviti 2019
    • Aktiviti 2020
    • Aktiviti 2021
    • Aktiviti 2022
    • Aktiviti 2023
    • Aktiviti 2024
    • Aktiviti 2025
    • Aktiviti 2026
    • aktivti 2018
    • Arkib Aktiviti
    • Arkib Pengumuman
    • Berita
    • Pengumuman
    • Uncategorised

    PERPUSTAM

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    (T)06-282 4859

    PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA
    (PERPUSTAM)
    242-1 Jalan Bukit Baru
    75150 Melaka

    Visitor Counter

    4946510
    Users Today : 320
    Users Yesterday : 295
    Users This Month : 2177
    Users This Year : 11793
    Total Users : 4946510

    Total Visitor 2025: 1,765,800 Hits

    Total Visitor 2024: 1,534,614 Hits

    Total Visitor 2023: 961,000 Hits

    • Privasi Polisi
    • MyGovPenawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di MelakaMelakaPay
    • GET SOCIAL

    © 2019 All rights reserved. Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

    TOP