Sesi pagi ini, adik-adik kita bermain “Susun sebelum jatuh”. Cara bermain aktiviti ini adik-adik perlu melambungkan belon ke udara. Semasa belon masih terapung dan belum mencecah lantai, adik-adik perlu menyusun semua cawan secara bertindih dengan pantas. Sekiranya belon jatuh dan menyentuh lantai, adik-adik mesti berhenti menyusun cawan. Peserta yang berjaya menyusun semua cawan bertindih sebelum belon jatuh akan dikira sebagai pemenang.
Aktiviti ini dapat melatih koordinasi mata dan tangan, menggalakkan fokus dan tumpuan, melatih kepantasan dan kecekapan berfikir, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.








