Program Komuniti Jom Santai
Thursday, 2025
Syukur Alhamdulillah ! Program Komuniti Jom Santai @ Perpustakaan Desa Durian Tunggal Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Durian Tunggal telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan semangat komuniti pada 29 Oktober 2025 (Rabu).
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Zahari bin Abd Kalil, ADUN Durian Tunggal dan turut dihadiri YBrs Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka beserta YBrs Encik Yahya bin Md Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Balai.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini! 
Jumpa lagi di program akan datang! Teruskan menyokong perpustakaan sebagai pusat ilmu dan komuniti. 


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
Bukan sekadar buku – ada aktiviti menarik, ilmu bermanfaat dan peluang eratkan komuniti!
Ramai sungguh hari ini yang hadir ke Program Komuniti Jom Santai @ Perpustakaan Desa Durian Tunggal Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Durian Tunggal pada 29 Oktober 2025 (Rabu).
Pelbagai aktiviti disediakan:
– Pertandingan Mewarna (Pra Sekolah/ Tadika/ Tabika & Pendidikan Khas)
– Pertandingan Bijak Matematik (Tahap 2)
– Pertandingan Sand Art Rangoli (Tadika)
– Pertandingan Word Search (Dewasa)
– Pertandingan Gubahan Kain Batik (Dewasa)
– Permainan Dam Ular Gergasi
– Kuiz Roda Impian (Kanak-Kanak & Dewasa)
– Teka Berat Buku (Terbuka)
– Teka Jumlah Gula-Gula (Terbuka)
– Pengunjung Bertuah (Terbuka)
– Jualan Buku & Majalah serta Zon Interaktif PERPUSTAM
– Pameran Bas Digital Pustaka
– Pemeriksaan dan Pameran Klinik Kesihatan Durian Tunggal
– Saringan Pap Smear
– Pameran AADK Alor Gajah
– Pameran Giatmara Durian Tunggal


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Kempen Jom Baca 10 Minit
Wednesday, 2025
Warga PERPUSTAM dan pengunjung turut menyertai Kempen Jom Baca 10 Minit sempena Karnival Baca Perdana 2025 sepanjang bulan Oktober 2025.
Kempen ini bertujuan menggalakkan dan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, memperkukuh amalan membaca secara inklusif, serta memartabatkan pembacaan sebagai asas pembinaan negara bangsa, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Kempen Jom Baca 10 Minit secara serentak ini telah masuk minggu yang keempat sepanjang bulan Oktober 2025 bermula di antara jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah hari dan ia turut diadakan di seluruh rangkaian PERPUSTAM.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Jom berkunjung ke khemah PERPUSTAM yang turut serta sebagai pempamer dalam festival kali ini! 

Antara pengisian menarik yang menanti anda:
Ayuh ramai-ramai memeriahkan festival ini sambil menimba ilmu dan menikmati pengalaman digital bersama PERPUSTAM! 


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2024
Friday, 2025
PERPUSTAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 sempena Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka (MAPAN) 2025.
Senarai penerima :
1) Encik Suhaimi bin Sarijan
2) Encik Muhammad Nasir bin Yusof
3) Encik Bahari bin Rejab
4) Encik Mohd Shidee bin Daud
5) Encik Jais bin Mohamad
6) Encik Shah Hasan bin Tamby Chik
7) Puan Rosmahwati binti Hj. Mail
Semoga semua penerima terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada warga PERPUSTAM dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat serta menjunjung kecemerlangan perkhidmatan awam. 


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Kempen Jom Baca 10 Minit
Wednesday, 2025
Warga PERPUSTAM dan pengunjung turut menyertai Kempen Jom Baca 10 Minit sempena Karnival Baca Perdana 2025 sepanjang bulan Oktober 2025.
Kempen ini bertujuan menggalakkan dan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, memperkukuh amalan membaca secara inklusif, serta memartabatkan pembacaan sebagai asas pembinaan negara bangsa, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Kempen Jom Baca 10 Minit secara serentak ini telah masuk minggu yang ketiga sepanjang bulan Oktober 2025 bermula di antara jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah hari dan ia turut diadakan di seluruh rangkaian PERPUSTAM.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA AKHIR!
Tuesday, 2025
TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA AKHIR!
Hari ini berlangsung sesi penjurian akhir .
Syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya mara ke peringkat akhir selepas melalui sesi saringan sebelum ini.
Setiap peserta menunjukkan semangat dan mutu penyertaan yang membanggakan. 
Terima kasih juga kepada barisan juri atas komitmen dan penilaian yang teliti.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
Tuesday, 2025
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
17 Oktober 2025 (Jumaat) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan rasa penuh penghargaan mengucapkan terima kasih kepada pelajar praktikal iaitu Cik Syakirah binti Jaffarul Rizal yang telah menjalani latihan di PERPUSTAM.
Segala pengalaman dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang tempoh latihan amat dihargai. Kami doakan kejayaan berterusan dalam setiap langkah perjalanan anda!
Semoga segala ilmu yang diperoleh di sini menjadi bekalan untuk masa depan yang cemerlang. Terima kasih atas komitmen dan sumbangan anda. Selamat maju jaya!


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Friday, 2025
NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
Kepada pengguna yang dihormati, perkhidmatan Perpustakaan Negeri akan DITUTUP pada 20 Oktober 2025 (Isnin) bersempena Cuti Umum Hari Deepavali dan akan beroperasi semula pada 21 Oktober 2025 (Selasa).
Manakala Perpustakaan Digital akan DIBUKA seperti biasa bermula jam 9.00 Pagi – 5.00 Petang.
Sekian, terima kasih.

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman















