AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
21.02.2024 | KOLAJ
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga peserta sertai,
Mana nak sama pemenang seorang!
Kita kembali dengan aktiviti hari ini, bernama ‘KOLAJ‘ bersama dengan Abang Hanzz. Aktiviti kali ini adik perlu menggunakan kreativiti adik-adik untuk menghias gambar kosong seekor kucing begitu ramai dan meriah sekali suasana aktiviti kita kali ini. Gambar kucing yang kosong itu telah menjadi seekor kucing yang comel setelah dihiasi dengan kreativiti adik-adik Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada yang hadir. Yang tidak menang, jangan putus asa! Ada banyak lagi aktiviti yang boleh adik-adik sertai!