KUNJUNGAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM TERENGGANU (PPAT) KE PERPUSTAM
02 Oktober 2025 (Khamis) – PERPUSTAM telah menerima kunjungan daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) yang diketuai oleh Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT, bersama 23 orang warga kerja PPAT.
Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan pengurusan perpustakaan, halatuju pembangunan perkhidmatan, serta inisiatif literasi maklumat yang dilaksanakan oleh PERPUSTAM.
Sepanjang lawatan, Pengarah PPAT dan rombongan telah diberikan taklimat berkaitan fungsi dan peranan PERPUSTAM serta dibawa melawat ke beberapa unit dan ruang perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna. Sesi perkongsian ini turut menjadi platform perbincangan santai berkaitan cabaran dan inisiatif perpustakaan masa kini.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak PPAT berkunjung dan berharap agar hubungan baik antara kedua-dua pihak akan terus terjalin pada masa akan datang.









