04/05/2026 | ISNIN
Majlis Perasmian Perpustakaan Komunity Sri Kandang sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Ayer Molek telah berlangsung dengan jayanya hari ini. Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Rahmad Bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, merangkap ADUN Ayer Molek. Turut hadir YB Datuk Hj Rosli Bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM dan YBrs Encik Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM
Perpustakaan Komuniti hasil kolabrasi antara PERPUSTAM dan Persatuan Penduduk Taman Seri Kandang ini menyediakan ruang ilmu koleksi bahan bacaan fizikal mahupun digital.
PERPUSTAM sentiasa menyokong mana-mana pihak yang ingin membantu menyemarakkan lagi budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Perpustakaan Komuniti Sri Kandang diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ini adik-adik kita, ibu bapa serta penduduk setempat.
Jom ler ke perpustakaan!”










