LAWATAN PENANDA ARAS DAN PEMBINAAN JARINGAN KE PERPUSTAM
07 Oktober 2025 (Selasa) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Kolej Profesional MARA, Ayer Molek yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Pensyarah dan Pustakawan. Lawatan ini bertujuan untuk memahami lebih dekat struktur pengurusan perpustakaan awam, penerapan teknologi dalam penyampaian perkhidmatan, serta peluang-peluang untuk menjalinkan kerjasama strategik
Pelawat telah diberi taklimat berkenaan latar belakang perpustakaan, hala tuju strategik, peranan dalam pembangunan komuniti, serta pelbagai inisiatif digital yang sedang dan telah dilaksanakan. Mereka juga dibawa melawat sekitar ruang-ruang utama seperti ruang bacaan, sudut kanak-kanak, bilik media, Koleksi Melaka dan Perpustakaan Digital yang menjadi nilai tambah kepada fungsi perpustakaan masa kini.
Semoga segala input dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.









