SELASA | 14 JANUARI 2025
Pada permulaan tahun baru ini, kami di PERPUSTAM berasa amat teruja menerima lawatan istimewa oleh adik-adik comel dari Tabika Pasti Ibnu Sina yang dihadiri seramai 50 orang murid dan 7 orang guru.
Semasa lawatan, adik-adik disajikan dengan pelbagai aktiviti merangsang minda antaranya Persembahan Boneka, Sesi Kuiz, Sesi Menari bersama dan Sesi bercerita bersama Kak Nadia.
Lawatan ini bukan sahaja memberi peluang untuk mereka mengenali lebih dekat peranan perpustakaan, tetapi juga memberi inspirasi untuk mereka terus berusaha memastikan perpustakaan ini terus relevan dan menarik bagi generasi muda khususnya.
Terima kasih kerana sudi hadir ke PERPUSTAM. Semoga bertemu lagi pada masa akan datang.








