PERPUSTAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada peserta yang telah berjaya menjuarai Kuiz Pameran Dalam Talian sempena program Jom Baca Bersama 10 Minit pada 23 April 2025.
Anda telah membuktikan bahawa ilmu pengetahuan adalah aset paling berharga.
Terima kasih atas penyertaan yang cemerlang dan semangat ingin tahu yang tinggi!
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian.
Teruskan menyokong budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat!








