KAFE UNTUK DISEWA
Thursday, 2023
Berita baik untuk orang Melaka, Bangunan Perpustakaan tambahan di Perpustakaan Negeri bakal beroperasi tidak lama lagi dengan berkonsepkan Perpustakaan Digital. Lebih menarik lagi di dalam bangunan tersebut disediakan sebuah kafe untuk pengunjung. Oleh itu, PERPUSTAM mempelawa pengusaha kafe atau peniaga kedai makan untuk berniaga di situ.
Kepada yang berminat boleh menghubungi nama yang tertera pada poster untuk melihat kafe dan kemudahan yang kami sediakan.
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
No Comments
Pustaka Digital 2 Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menyertai Program Sambutan Hari Kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Menggong, Alor Gajah hari ini.
Menerusi penyertaan ini, PERPUSTAM telah mengadakan aktiviti seperti:
a) Menaip pantas
b) Literasi Maklumat & Pencarian Maklumat
Terima kasih diucapkan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Menggong atas jemputan.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Khidmat bantu dari segi susun atur penyusunan bahan bacaan di Bilik Bacaan Taman Merbok, Bukit Baru Melaka
Friday, 2023
PERPUSTAM telah menghantar team Bahagian Pengurusan Koleksi untuk memberi khidmat bantu dari segi susun atur penyusunan bahan bacaan di Bilik Bacaan Taman Merbok, Bukit Baru Melaka. Semoga dengan adanya perkhidmatan ini memberikan kemudahan kepada masyarakat sekitar untuk mendapatkan bahan bacaan dan menggunakan ruangan tersebut untuk tujuan bacaan dan pembelajaran
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Lawatan dari SEKOLAH KEBANGSAAN LAYANG-LAYANG KIRI, PERAK
Wednesday, 2023
31 OKTOBER 2023 (SELASA)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) menerima lawatan dari SEKOLAH KEBANGSAAN LAYANG-LAYANG KIRI, PERAK. Seramai 36 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring hadir untuk lawatan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
1. Tayangan Video PERPUSTAM
2. Lawatan Berpandu
3. Virtual Reality (VR)
4. Augmented Reality (AR)
5. AR Wall@Live
6. AR Color Mat@Live
7. Xbox 360
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Pada 27 Oktober 2023, PERPUSTAM dijemput oleh PERBADANAN TEKNOLOGI HIJAU MELAKA bagi mengambil bahagian sebagai pempamer di dalam Program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 di Politeknik Merlimau.
PERPUSTAM berkesempatan membuat pameran dan jualan buku serta memperkenalkan perkhidmatan Bahan Digital melalui u-Pustaka : u-Library, Zon Digital PERPUSTAM dan kelengkapan berteraskan teknologi seperti Augmented Reality dan Virtual Reality.
Terima kasih kepada YB Datuk Rais Bin Yasin, Exco Kanan Kerajaan Negeri Melaka, semua tetamu dan pengunjung yang sudi singgah di ‘booth’ PERPUSTAM
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Aktiviti-aktiviti dilaksanakan semasa Program Komuniti Membaca, Komuniti Berjaya anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Desa Menggong, Bukit Bulat dan Hutan Percha.
Tarikh: 28 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Perpustakaan Desa Menggong
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Program Komuniti Membaca, Komuniti Berjaya anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Desa Menggong, Bukit Bulat dan Hutan Percha.
Tarikh: 28 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Perpustakaan Desa Menggong
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
25 Oktober 2023 (RABU)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput untuk mengadakan pameran dan jualan buku bersempena Bulan Membaca di Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah :-
a) Pameran Perpustakaan dan U-Pustaka
b) Pameran Virtual Reality (VR)
c) Jualan Buku
d) Kuiz Kenali Perpustakaan
e) Aktiviti Teka Silang Kata
Terima kasih diucapkan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam atas jemputan.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
24 Oktober 2023 (Selasa)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) menerima lawatan daripada Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Rompin, Pahang. Seramai 42 orang yang hadir untuk lawatan ini. Terima kasih kerana sudi mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Zon digital PERPUSTAM, U – Pustaka dan perkhidmatan Virtual Reality dan Augmented Reality
Monday, 2023
Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan turut menyertai Karnival Pendidikan Bertemakan Kenegaraan dan Jom Santai@Perpustakaan Desa Lubok China pada 21 Oktober 2023 dengan membuat pameran dan jualan buku serta mempromosikan zon digital PERPUSTAM, U- Pustaka dan perkhidmatan Virtual Reality dan Augmented Reality.
Terima Kasih kepada semua yang hadir.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti