Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil Yaakob, mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka berkunjung ke PERPUSTAM bagi melihat Sudut Tuan Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
Kehadiran Tun Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob disambut oleh YBrs. Encik Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.
Sudut Bacaan yang terletak di aras 1, Perpustakaan Negeri telah diwujudkan atas idea Tun sendiri pada tahun 2015 dan menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan untuk rujukan dan bacaan masyarakat di negeri Melaka.