11 OKTOBER 2023 (Rabu)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput untuk membuat Pameran Perpustakaan sempena Program Santun Komuniti Madani Siri 4 anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri bertempat di Auditorium Masjid Al-Azim Melaka. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong. Turut mengiringi YB Datuk Mohd Noor Helmy melawat ke reruai PERPUSTAM ialah YBhg En. Cik Kazidi bin Mohd Zainuddin Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan YDH Meor Hassan bin Datuk Haji Mat Ali, Pengerusi Eksekutif Koperasi Majlis Mahasiswa Anak Malaysia Profesional Melaka Berhad (KOMAMPRO)