PERPUSTAM menerima kunjungan rakan-rakan perpustakaan dari Pustaka Kuala Lumpur dan Perbadanan Perpustakaan Awam Perak (PPANPk) yang sempat hadir ke Perpustakaan Negeri sebelum menghadiri perasmian Pesta Buku Melaka 2024.
Rombongan Pustaka Kuala Lumpur yang diketuai oleh Puan Anita Binti Md Jali selaku Ketua Pustakawan dan PPANPk yang diketuai oleh Puan Rafidah Binti Abdul Aziz selaku Pengarah telah disambut oleh En Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.
Kunjungan yang lebih berfokus ke Perpustakaan Digital Melaka diharapkan dapat memberikan perkongsian idea demi manfaat bersama bagi terus memperkasakan perkhidmatan kepada masyarakat.