Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pesta Buku Melaka 2024 sudah pun melabuhkan tirai. Semua warga kerja PERPUSTAM dan urusetia yang terlibat bagi menjayakan Pesta Buku Melaka 2024 memohon maaf sekirannya sepanjang berlangsung program ini ada berlaku kesilapan dan kelemahan dari pihak kami.
PERPUSTAM juga amat berterima kasih kepada semua peserta dan pihak sekolah yang menyertai aktiviti-aktiviti serta pengunjung-pengunjung yang tidak putus-putus hadir menyokong Pesta Buku Melaka ini. Tanpa anda semua sudah pasti Pesta Buku Melaka tidak bermakna.
Insya Allah, atas semua sokongan dan dorongan yang diberikan ini , PERPUSTAM akan terus menganjurkan Pesta Buku Melaka pada masa akan datang. Semoga kita berjumpa lagi pada Pesta Buku Melaka tahun 2025.