Usai Mesyuarat Ahli Lembaga PERPUSTAM, diadakan satu majlis menandatangani kerjasama persefahaman antara PERPUSTAM dan KEMAS negeri Melaka bagi memperkasa perkhidmatan Pusat Sumber KEMAS dan Tabika KEMAS. PERPUSTAM diwakili oleh Encik Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM dan KEMAS diwakili Encik Rozkhaidi Bin Othman, Pengarah KEMAS. Majlis tandatangan tersebut disaksikan oleh YB Tuan Hj Rosli Bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM. Semoga kerjasama yang terjalin ini memberikan manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.