Selangor International Book Fair (SIBF) 2024
Thursday, 2024
PERPUSTAM mengucapkan ribuan terima kasih & tahniah kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor atas jemputan untuk bersama-sama mengadakan aktiviti bersempena penganjuran Selangor International Book Fair (SIBF) 2024 bertempat di Setia City Convention Centre, Shah Alam.
Semoga kerjasama ini dapat dikekalkan pada masa akan datang. Ayuh semua, kita sama-sama gegarkan Selangor International Book Fair (SIBF) 2024 tahun ini!


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments
Kunjungan daripada Madrasah Tahfiz Fathur Rahman
Thursday, 2024
28 NOVEMBER 2024 | KHAMIS
Pada hari ini, PERPUSTAM telah menyambut kedatangan adik-adik dari Madrasah Tahfiz Fathur Rahman yang disertai seramai 38 murid dan 4 guru pengiring.
Sepanjang lawatan, adik-adik diperkenalkan dengan pelbagai koleksi buku dan segala perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan. Selain itu, adik-adik juga disajikan dengan aktiviti menarik seperti Pameran Interaktif dan Kuiz Spontan.
Terima kasih kepada pihak madrasah atas kesudian memilih PERPUSTAM sebagai lokasi lawatan sambil belajar. Semoga segala informasi yang dikongsikan sepanjang lawatan ringkas ini dapat memberi pendedahan yang bermanfaat kepada adik -adik sekaligus memberi impak yang positif untuk mendorong mereka mencintai buku dan mencari ilmu tanpa henti.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Kunjungan daripada Tadika Pasti SRITI Al-Fattah
Thursday, 2024
26 NOVEMBER 2024 | SELASA
Pada hari yang indah ini, PERPUSTAM telah dikunjungi oleh sekumpulan adik-adik comel dari Tadika Pasti SRITI Al-Fattah. Kunjungan ini disertai seramai 23 orang murid dan 3 orang guru pengiring.
PERPUSTAM memberi ruang dan peluang kepada adik-adik untuk mengenali dengan lebih dekat tentang dunia buku dan membaca melalui aktiviti yang menyeronokkan antaranya Persembahan Boneka, Kuiz Spontan, Sesi Bercerita, Menari bersama dan Permainan Interaktif sekaligus mereka boleh belajar banyak perkara baru disini.
Terima kasih daun keladi kerana sudi menjadi pengunjung yang hebat! PERPUSTAM berharap adik-adik teruja untuk terus belajar dan membaca lebih banyak buku selepas lawatan ini.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Kunjungan Daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang
Thursday, 2024
19 NOVEMBER 2024 | SELASA
PERPUSTAM merakamkan ucapan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang atas kesudian mengunjungi perpustakaan yang disertai seramai 40 murid dan 4 guru pengiring.
Lawatan ini dimampatkan dengan pengisian aktiviti yang merangsang minda murid-murid yang hadir antaranya Sesi Taklimat Perpustakaan, Kuiz Spontan, Lawatan Berpandu dan Permainan Interaktif.
PERPUSTAM berharap semoga murid-murid gembira dan terhibur sepanjang lawatan ini dijalankan sekaligus menimbulkan perasaan cinta dan minat untuk menjadikan perpustakaan sebagai destinasi utama sempena cuti sekolah nanti.
Ada masa, kita jumpa lagi ya semua. PERPUSTAM sentiasa menantikan kehadiran anda semua.




- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Lawatan dari Tabika Kemas Paya Ikan
Monday, 2024
PERPUSTAM telah menerima lawatan dari Tabika Kemas Paya Ikan yang disertai seramai 40 orang murid dan 4 orang guru pengiring.
Adik-adik telah diceriakan dengan pengisian aktiviti menarik antaranya Pertunjukkan Boneka, Sesi Bercerita bersama Abang Aiman, Kuiz Spontan, dan Menari bersama.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke PERPUSTAM. Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
MiCOST EDU.FIESTA 2024
Monday, 2024
PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada MICOST atas jemputan ke MICOST EDU.FIESTA 2024 pada 14 November 2024. Kesempatan ini amat bermakna bagi kami untuk berkongsi perkhidmatan yang disediakan iaitu perkhidmatan u-Pustaka : u-Library , Zon Digital PERPUSTAM, Virtua Reality ( VR) dan Augmented Reality (AR) serta Pameran dan Jualan Buku.
Program seumpama ini dapat menjalinkan hubungan erat antara PERPUSTAM dan Pusat Pengajian Tinggi dalam memupuk budaya ilmu dan pembelajaran bersama komuniti.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
13 NOVEMBER 2024 | RABU
PERPUSTAM sangat berbesar hati menerima kunjungan pelajar-pelajar pendidikan khas dari SMK Tun Haji Abdul Malek – Rasmi yang dihadiri seramai 82 orang pelajar dan 15 orang guru pengiring.
Antara pengisian aktiviti pada sesi lawatan ini ialah Sesi NILAM, Pertunjukkan Boneka, Bercerita bersama Abang Adi, Kuiz Spontan, dan Permainan Interaktif. Kelihatan para pelajar begitu gembira dan seronok sepanjang aktiviti dijalankan.
Terima kasih kepada semua kerana sudi melawat ke PERPUSTAM. Semoga dengan lawatan ini para pelajar dapat menimba pengalaman berguna serta melahirkan perasaan cinta kepada perpustakaan.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
09 NOVEMBER 2024 | SABTU
PERPUSTAM telah dijemput bagi mengadakan pameran bersempena Karnival Panitia Tahun 2024 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor, Melaka.
PERPUSTAM telah menyediakan Perkhidmatan u-Pustaka : u-Library , Zon Bacaan Digital, Keahlian PERPUSTAM, Permainan Interaktif seperti Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) serta Jualan Buku. Terlihat murid-murid begitu teruja menikmati perkhidmatan yang disediakan sepanjang pameran berlangsung.
Terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor atas jemputan ini. Semoga pengalaman yang murid-murid rasai harini mampu melahirkan perasan minat untuk hadir ke perpustakaan serta menambat hati untuk membaca.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Audit Surveillance MS ISO 9001 : 2015
Monday, 2024
PERPUSTAM telah selesai menjalani Audit Surveillance MS ISO 9001 : 2015 oleh pihak SIRIM pada 7 & 8 November 2024. Tahniah kepada semua warga PERPUSTAM.



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Sesi Latihan Secara Hands On Explorasi Digital@u-Pustaka (Pangkalan Data) Peringkat Zon Selatan bagi Tahun 2024 telah diadakan pada 5 & 6 November 2024 bertempat di Dewan Tuah yang dihoskan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
Sesi latihan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ini melibatkan 7 pembekal perkhidmatan pangkalan data selaku tenaga pengajar yang terdiri daripada Odilo, J-Gate, Me Books, i-Learn Ace, Ookbee Buffet, BLIS dan Tutor Infiniti.
Peserta latihan terdiri daripada kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS), Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) dan Perpustakaan Desa PNM, Melaka. Pada sesi latihan ini peserta diajar dan didedahkan dengan cara mengakses pangkalan data u-Pustaka : u-Library dengan lebih mudah dan terperinci.
Terima kasih kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) atas penganjuran dan semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang sesi latihan diadakan untuk meluaskan lagi perkhidmatan u-Pustaka : u-Library kepada masyarakat.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti














