TALIAN HOTLINE : 06-282 4859
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan
  • Peta Laman

PERPUSTAM

  • UTAMA
  • Info Korporat
    • Perutusan Pengarah
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Profil Pengurusan
    • Carta Organisasi
    • Kronologi
    • MS ISO 9001:2015
      • Perutusan Pengarah
      • Dasar Kualiti & Objektif Kualiti
    • MS ISO 37001:2016
    • Enakmen PERPUSTAM 75
    • Enakmen PERPUSTAM 93
  • Perkhidmatan
    • Perkhidmatan Perpustakaan
    • Peraturan Perpustakaan
    • Waktu Perkhidmatan
    • Syarat Keahlian
    • Kadar Sewa
    • Rangkaian Perpustakaan
      • Komuniti
      • Zon Merlimau
      • Zon Masjid Tanah
      • Zon Jasin
      • Zon Melaka Tengah
      • Zon Alor Gajah
      • Bas Bergerak / E-Pustaka
  • Bahagian Koleksi
    • Bahagian Koleksi Rujukan
    • Bahagian Koleksi Terbitan
    • Bahagian Koleksi Pinjaman
    • Bahagian Koleksi Peperiksaan
    • Bahagian Koleksi Melaka
    • Bahagian Koleksi Lincoln
  • Piagam
  • Aktiviti
  • Sebut Harga
  • Berita
  • Hubungi Kami
    • Lokasi
    • Soalan Lazim
    • Maklum Balas

Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Friday, 2024 by perpustam
Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

PERPUSTAM komited untuk memperolehi Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat serta menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi. Oleh itu, satu kursus EKSA telah diadakan pada 8 dan 9 Mei 2024 kepada Ahli Jawatankuasa Induk, Juru Audit serta ahli-ahli kumpulan yang terlibat dalam pelaksanaan EKSA di PERPUSTAM. Terima kasih kepada penceramah dari INTAN Wilayah Selatan iaitu Tuan Haji Azman Bin Abd Wahab dan Puan Norizan Aloha Binti Bohari atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 2

Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 4

Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 5

Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 6

Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 7

Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Amanat Yang Berhormat Tuan Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM dan Majlis Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 serta Majlis Persaraan Kakitangan Tahun 2024

Tuesday, 2024 by perpustam
Majlis Amanat Yang Berhormat Tuan Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM dan Majlis Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 serta Majlis Persaraan Kakitangan Tahun 2024 4

Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2o23. Semoga terus maju jaya dan menjadi pendorong kepada diri sendiri dan yang lain untuk terus cemerlang dalam menjalankan tugas. Anugerah ini disampaikan oleh YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM.

PERPUSTAM merakamkan penghargaan kepada kakitangan yang bersara wajib dan bersara pilihan pada tahun ini. Semua kakitangan diraikan dalam satu Majlis Persaraan Kakitangan Tahun 2o24 yang turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM. Kakitangan tersebut ialah :
1) Puan Fareza binti Mohamad
2) Puan Hasnah binti Sahat
3) Puan Enson binti Jantan
4) Puan Rohanah binti Atan
5) Encik Fauzi bin Hashim
Seluruh warga PERPUSTAM merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas jasa dan bakti yang dicurahkan selama ini . Selamat menempuh alam persaraaan dan semoga diberi kesihatan yang baik dalam menempuh hari-hari yang mendatang.

Majlis Amanat Yang Berhormat Tuan Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM dan Majlis Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 serta Majlis Persaraan Kakitangan Tahun 2024 2

Majlis Amanat Yang Berhormat Tuan Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM dan Majlis Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 serta Majlis Persaraan Kakitangan Tahun 2024 3

 

Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang berkunjung ke PERPUSTAM

Tuesday, 2024 by perpustam
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang berkunjung ke PERPUSTAM
PERPUSTAM merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP), Pn Nor Zahira Binti Muhammad Azmi dan pegawai atas kesudian berkunjung ke PERPUSTAM bagi perkongsian idea dan melihat perkhidmatan yang ditawarkan di PERPUSTAM khususnya Perpustakaan Digital. Hadir sama menyambut tetamu dari Pahang adalah Pengarah PERPUSTAM , En Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris.
Dulu Merpati, Sekarang Cenderawasih
Kehadiran PPAP, Kami Ucapkan Terima Kasih

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang berkunjung ke PERPUSTAM 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan sambil belajar dari Tadika Junior Bestari

Tuesday, 2024 by perpustam
Lawatan sambil belajar dari Tadika Junior Bestari
24 APRIL 2024 (ISNIN)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan sambil belajar dari Tadika Junior Bestari yang diwakili seramai 37 orang murid dan 8 orang guru pengiring. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi lawatan tersebut adalah :
1) Storytelling Bersama Kak Nadia Bertajuk “The Little Frog” 📚🐸
2) Sesi Ujiminda 🧠❓
3) Menari bersama-sama 💃🕺
4) Permainan Interaktif : 🎮
a) Book R
b) Wall@Live
c) Color@Live
d) Class VR
e) Tree@live
5) Pertandingan Mewarna 🎨
6)Lawatan ke Perpustakaan Digital 🚶🚶‍♀️
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)

Lawatan sambil belajar dari Tadika Junior Bestari 2

Lawatan sambil belajar dari Tadika Junior Bestari 3

Lawatan sambil belajar dari Tadika Junior Bestari 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PERPUSTAM Bil 1/2024

Tuesday, 2024 by perpustam
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PERPUSTAM Bil 1/2024

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PERPUSTAM Bil 1/2024 telah berlangsung pada 25 April 2024 di Bilik Mesyuarat Bendahara. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Tn Hj Rosli Bin Abdullah selaku Pengerusi PERPUSTAM .Semoga segala keputusan yang dicapai dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat di negeri Melaka.

Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments

Pembaca Aktif Tahun 2023

Thursday, 2024 by perpustam
Pembaca Aktif Tahun 2023
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024
️23 April 2024 (Selasa)
Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
PEMBACA AKTIF TAHUN 2023
Pihak PERPUSTAM komited dalam memberi penghargaan kepada para peminjam buku di seluruh rangkaian PERPUSTAM. Justeru, usai Majlis Perasmian Perpustakaan Digital Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024, telah diadakan sesi penyampaian hadiah kepada Pembaca Aktif Tahun 2023. Hadiah dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu Kanak-kanak, Belia, Dewasa dan Orang Kelainan Upaya (OKU). Sesi penyampaian hadiah adalah seperti berikut :
KATEGORI KANAK-KANAK
Nur Auni Izzara binti Mohd Hafis
KATEGORI BELIA
Emir Rizqi bin Fahmi Asyadi
KATEGORI DEWASA
Ahmad Mustafa bin Mohd Nor
KATEGORI WARGA EMAS
Rosnah binti Noori
KATEGORI OKU
Muhammad Danish Dhiyaulhaq bin Rosman
Syabas dan tahniah kepada Pembaca Aktif Tahun 2023. Semoga penghargaan ini mampu menjadi pendorong dan pembakar semangat mereka untuk terus meminjam bahan-bahan perpustakaan di seluruh rangkaian PERPUSTAM serta menerapkan amalan membaca dalam kehidupan seharian. JOM BACA !

Pembaca Aktif Tahun 2023 3

Pembaca Aktif Tahun 2023 3

Pembaca Aktif Tahun 2023 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments

Pertandingan Perpustakaan Keluarga

Thursday, 2024 by perpustam
Pertandingan Perpustakaan Keluarga
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024
️23 April 2024 (Selasa)
Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
PERTANDINGAN PERPUSTAKAAN KELUARGA
Bagi menerapkan minat membaca dalam kalangan anggota keluarga, pihak PERPUSTAM telah mengadakan Pertandingan Perpustakaan Keluarga Tahun 2023/2024 bersempena dengan Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024. Terdapat 3 Kategori dipertandingkan iaitu Kategori A (Rumah Desa/Kampung), Kategori B (Rumah Taman Perumahan) dan Kategori C (Rumah Pangsa/Pangsapuri). Sesi penyampaian hadiah adalah seperti berikut :
KATEGORI A (Rumah Desa/Kampung)
JOHAN : Haji Yahya bin Haji Yusof
NAIB JOHAN : Nur Khaira Izwa binti Ahmad
KETIGA : Noriza binti Nor
KATEGORI B (Rumah Taman Perumahan)
JOHAN : Siti Mariam binti Hussin
NAIB JOHAN : Norhana binti Ahad
KETIGA : Kunjee Krishnan A/L Kuppusamy
KATEGORI C (Rumah Pangsa/Pangsapuri)
JOHAN : Mohammad Sufian bin Talib
NAIB JOHAN : Noraeishah binti Abu Hassan
KETIGA : Norina Rabeah binti Muhamad Narodin
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Perpustakaan Keluarga Tahun 2023/2024.

Pertandingan Perpustakaan Keluarga 2

Pertandingan Perpustakaan Keluarga 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments

SESI PERKONGSIAN BERSAMA USTAZ SELEBRITI

Wednesday, 2024 by perpustam
SESI PERKONGSIAN BERSAMA USTAZ SELEBRITI
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024
️23 April 2024 (Selasa)
Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
SESI PERKONGSIAN BERSAMA USTAZ SELEBRITI
Telah diadakan Sesi Perkongsian Bersama Ustaz Selebriti iaitu Da’i Izzhar Ahmad Nazri bertajuk “Baca dan Bahagia” bertempat di Dewan Lekir, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga ilmu yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Perpustakaan Digital Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024

Wednesday, 2024 by perpustam
Majlis Perasmian Perpustakaan Digital Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024
Majlis Perasmian Perpustakaan Digital Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024
YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka telah menyempurnakan Majlis Perasmian Perpustakaan Digital dan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit bertempat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada tetamu jemputan yang memeriahkan majlis pada hari ini.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada peserta dan pengiring Pertandingan Mewarna, Pertandingan Jejak Maklumat , Bengkel Literasi Maklumat, Bengkel Penulisan Ebook dengan Canva dan Sesi Perkongsian Bersama Ustaz Selebriti.
Kepada pempamer yang mengambil bahagian iaitu BERNAMA, Fargoes, K-Focus, Edu Apps dan Sasbadi terima kasih atas penyertaan dan sokongan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua rangkaian PERPUSTAM, agensi kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi, Sekolah-Sekolah, Tadika dan semua pihak yang menyertai serta menyokong program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit peringkat negeri Melaka bagi tahun 2024.
Usai Majlis Perasmian Perpustakaan Digital Bersempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024, YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka dibawa ke Perpustakaaan Digital diiringi oleh Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM serta Ahli Lembaga Pengarah PERPUSTAM bagi gimik perasmian serta melihat ruang perkhidmatan di Perpustakaan Digital.
Kita jumpa lagi pada program pada tahun hadapan 🫰

Majlis Perasmian Perpustakaan Digital Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 2

Majlis Perasmian Perpustakaan Digital Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 3

Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments

Bengkel Penulisan EBook Dengan Canva Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024

Wednesday, 2024 by perpustam
Bengkel Penulisan EBook Dengan Canva Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024
️23 April 2024 (Selasa)
Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
BENGKEL PENULISAN EBOOK DENGAN CANVA
Telah diadakan Bengkel Penulisan Ebook Dengan Canva bersama Dr Mumtaz Begam (Canva Empowered Canvassador) bertempat di Dewan Kasturi, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit. Kursus ini adalah sebuah bagi tujuan mempelajari teknik mencipta judul dan idea untuk kulit ebuku yang berkonsepkan muka depan yang akan memikat para pembaca. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir, semoga ilmu yang dipelajari harini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Bengkel Penulisan EBook Dengan Canva Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 2

Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12

PERPUSTAM

Recent Posts

  • Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2026

    Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2026

    Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Keban...
  • Sorotan forum Hari Pustakawan Kebangsaan & Hari Arkib Antarabangsa

    Sorotan forum Hari Pustakawan Kebangsaan & Hari Arkib Antarabangsa

    Sorotan forum Hari Pustakawan Kebangsaan & ...
  • HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH

    HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH

    HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOL...
  • HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : SCHOOL HOLIDAYS ACTIVITIES

    HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH

    HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOL...
  • HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM: : AKTIVITI CUTI SEKOLAH

    HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM: : AKTIVITI CUTI SEKOLAH

    @ : AKTIVITI CUTI SEKOLAH Rabu 03 MEI 2026 : SE...

Recent Comments

    Archives

    • June 2026
    • May 2026
    • April 2026
    • March 2026
    • February 2026
    • January 2026
    • December 2025
    • November 2025
    • October 2025
    • September 2025
    • August 2025
    • July 2025
    • June 2025
    • May 2025
    • April 2025
    • March 2025
    • February 2025
    • January 2025
    • December 2024
    • November 2024
    • October 2024
    • September 2024
    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • May 2024
    • April 2024
    • March 2024
    • February 2024
    • January 2024
    • December 2023
    • November 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • July 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • January 2023
    • October 2022
    • September 2022
    • August 2022
    • July 2022
    • June 2022
    • May 2022
    • April 2022
    • March 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • September 2021
    • June 2021
    • April 2021
    • March 2021
    • January 2021
    • December 2020
    • September 2020
    • June 2020
    • May 2020
    • April 2020
    • March 2020
    • December 2019
    • October 2019
    • May 2019
    • April 2019
    • March 2019
    • February 2019
    • January 2019
    • July 2018
    • June 2018
    • May 2018
    • April 2018
    • January 2018
    • December 2017
    • November 2017

    Categories

    • Aktiviti
    • Aktiviti 2017
    • Aktiviti 2019
    • Aktiviti 2020
    • Aktiviti 2021
    • Aktiviti 2022
    • Aktiviti 2023
    • Aktiviti 2024
    • Aktiviti 2025
    • Aktiviti 2026
    • aktivti 2018
    • Arkib Aktiviti
    • Arkib Pengumuman
    • Berita
    • Pengumuman
    • Uncategorised

    PERPUSTAM

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    (T)06-282 4859

    PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA
    (PERPUSTAM)
    242-1 Jalan Bukit Baru
    75150 Melaka

    Visitor Counter

    4946325
    Users Today : 135
    Users Yesterday : 295
    Users This Month : 1992
    Users This Year : 11608
    Total Users : 4946325

    Total Visitor 2025: 1,765,800 Hits

    Total Visitor 2024: 1,534,614 Hits

    Total Visitor 2023: 961,000 Hits

    • Privasi Polisi
    • MyGovPenawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di MelakaMelakaPay
    • GET SOCIAL

    © 2019 All rights reserved. Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

    TOP