Kempen Jom Baca 10 Minit sempena Karnival Baca Perdana 2025
Wednesday, 2025
Warga PERPUSTAM dan pengunjung turut menyertai Kempen Jom Baca 10 Minit sempena Karnival Baca Perdana 2025 sepanjang bulan Oktober 2025.
Kempen ini bertujuan menggalakkan dan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, memperkukuh amalan membaca secara inklusif, serta memartabatkan pembacaan sebagai asas pembinaan negara bangsa, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Kempen Jom Baca 10 Minit secara serentak pada setiap hari Selasa sepanjang bulan Oktober 2025, di antara jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah hari dengan membaca ini turut diadakan di seluruh rangkaian PERPUSTAM.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
KUNJUNGAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM TERENGGANU (PPAT) KE PERPUSTAM
02 Oktober 2025 (Khamis) – PERPUSTAM telah menerima kunjungan daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) yang diketuai oleh Puan Nuzulnisa binti Barudin @ Kamarudin, Pengarah PPAT, bersama 23 orang warga kerja PPAT.
Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan pengurusan perpustakaan, halatuju pembangunan perkhidmatan, serta inisiatif literasi maklumat yang dilaksanakan oleh PERPUSTAM.
Sepanjang lawatan, Pengarah PPAT dan rombongan telah diberikan taklimat berkaitan fungsi dan peranan PERPUSTAM serta dibawa melawat ke beberapa unit dan ruang perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna. Sesi perkongsian ini turut menjadi platform perbincangan santai berkaitan cabaran dan inisiatif perpustakaan masa kini.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak PPAT berkunjung dan berharap agar hubungan baik antara kedua-dua pihak akan terus terjalin pada masa akan datang.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Monday, 2025
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti







