Bengkel Bercerita 2024
Friday, 2024
Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah mengadakan Bengkel Bercerita pada 20 Jun 2024 bertempat di Dewan Lekir. Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada kakitangan Pembantu Pustakawan tentang teknik asas bercerita yang betul. Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Muhammad Naim bin Azmi dan Encik Abu Samah bin Bachik daripada Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara Negeri Melaka (JKKN).
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments
Program Karnival Membaca Keluarga Madani Melaka 2024
Thursday, 2024
Satu program kerjasama antara PERPUSTAM dan Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), UiTM Shah Alam, Selangor bakal menggamit kehadiran lebih ramai pengunjung ke perpustakaan negeri pada 22 Jun 2024 ( Sabtu). Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk disertai oleh orang-orang Melaka. Jangan lepaskan peluang keemasan ini bagi menjadi peserta dengan mengimbas Kod QR yang tertera pada poster.
22 Jun nak pergi mana?
Mana lagiii….Perpustakaan lerr![😍](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t2/1/16/1f60d.png)
![😍](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t2/1/16/1f60d.png)
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Perpustakaan Digital kini telah VIRAL di Melaka!!!
Terima kasih diucapkan kepada Wartawan Cilik SMK Ayer Keroh yang telah membuat liputan di Perpustakaan Digital, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) sempena Pertandingan Wartawan Muda TV PSS Negeri Melaka 2024 dan TAHNIAH kerana menjadi JOHAN bagi pertandingan tersebut.
Sungguh berbakat Wartawan Cilik kita!!!
![😍](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t2/1/16/1f60d.png)
Mana Lagi? Melaka Ler.. ![🥰](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tea/1/16/1f970.png)
![🥰](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tea/1/16/1f970.png)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Selamat Hari Pustakawan
Thursday, 2024
Selamat Hari Pustakawan kepada semua pustakawan dan warga perpustakaan di seluruh Malaysia.
Mengkalis Masa Hadapan Perpustakaan : BERINOVASI, BERADAPTASI, CEMERLANG
BERINOVASI
Menekankan perlunya perpustakaan untuk mengkalis masa hadapan mereka dengan menerima inovasi, menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berubah-ubah dan berusaha untuk kecemerlangan.
BERADAPTASI
Menggaris pendekatan proaktif yang perlu diambil oleh perpustakaan untuk kekal relevan dan berkesan dalam memberi perkhidmatan kepada komuniti mereka seiring dengan kemajuan teknologi, anjakan masyarakat dan perkembangan keperluan pengguna.
CEMERLANG
Sebagai pustakawan, kita perlu menyesuaikan diri dan menerima pakai perubahan-perubahan ini mengikut keperluan perpustakaan.
Ikhlas Daripada :
Pengarah dan seluruh warga kerja PERPUSTAM
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Wowww!! Cuti Sekolah Kembali Lagi!! #5
Tuesday, 2024
31 MEI 2024 | PAPER CUP TIC-TAC-TOE & TECH DAY
Pejam celik, cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya. Pagi Jumaat yang mulia ini telah diadakan aktiviti Paper Cup Tic-Tac-Toebersama Kak Mira. Seperti yang kita ketahui permainan — lazimnya menggunakan pensil dan kertas dengan huruf X dan O sahaja. Tetapi kalini berbeza, dimana adik-adik perlu bermain secara berkumpulan dan setiap ahli kumpulan perlu berlari secara bergantian untuk menyelesaikan — dengan menggunakan cawan kertas. Jelas kelihatan semangat berpasukan dan juang yang tinggi ditonjolkan oleh adik-adik ketika bermain.
.
Sebagai penutup aktiviti sempena cuti sekolah ini, sesi petang adik-adik dimanfaatkan dengan pengisian aktiviti Tech Day. Aktiviti ini diadakan secara santai dimana adik-adik diberi pendedahan tentang Perkhidmatan Permainan Interaktif yang disediakan di PERPUSTAM. Terlihat raut wajah ceria dan teruja adik-adik seakan tidak percaya Perpustakaan mempunyai Perkhidmatan menarik sebegini.
.
Pihak PERPUSTAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir bagi menjayakan aktiviti sepanjang cuti sekolah ini. Semoga kita bertemu lagi pada cuti sekolah akan datang.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Wowww!! Cuti Sekolah Kembali Lagi!! #4
Friday, 2024
30 MEI 2024 | BOOKMARK CRAFT & MULUT MUNCUNG
Untuk sesi pagi, kita bersua kembali dengan aktiviti Bookmark Craft bersama Abang Aiman. Apa itu ? Untuk pengetahuan adik-adik Bookmark ialah sekeping kertas atau kad kecil yang lazim nya digunakan sebagai ‘penunjuk’ arah di mana kita berhenti membaca ketika itu dan juga ‘penunjuk’ arah di mana kita patut menyambungnya nanti. Pelbagai hasilan yang sangat kreatif dan comel sehingga pihak juri pening kepala memilih pemenang.
.
Masa itu emas. Sebaik selesai aktiviti sesi pagi, masa adik-adik dimanfaatkan dengan sesi bercerita bersama Abang Aiman yang bertajuk “Si Tobot”.
.
Aktiviti seterusnya diberi nama Mulut Muncung bersama Kak Tasya yang telah berlangsung pada sesi petang. Peserta dibahagikan dalam beberapa kumpulan dimana satu kumpulan ada 2 orang ahli. Setiap kumpulan akan diberi sudu dan bola pingpong kemudian peserta perlu berlari sebanyak 3 pusingan. Kumpulan yang terpantas dinobatkan sebagai pemenang.
.
Tahniah kepada semua yang berjaya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang turut serta dalam aktiviti harini. Aktiviti terakhir sempena cuti sekolah akan berlangsung esok dan kami mengharapkan kedatangan anda semua.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Wowww!! Cuti Sekolah Kembali Lagi!! #3
Friday, 2024
29 MEI 2024 | PAPER PLANE & STACKING PAPER CUP
Hari demi hari silih berganti, aktiviti cuti sekolah sudah masuk hari ketiga. Sesi pagi dimulakan dengan aktiviti bersama Abang Lokman. Aktiviti ini mudah sahaja dimana adik-adik perlu membuat kapal terbang kertas mengikut daya kreatif adik-adik dengan menggunakan kertas pelbagai warna yang disediakan. Kemudian, adik-adik perlu menerbangkan kapal terbang kertas tersebut ke udara. Kapal terbang yang paling lama terbang di udara dikira pemenang. Terlihat telatah lucu adik-adik ketika menerbangkan kapal terbang masing-masing.
.
Sementara menunggu aktiviti sesi petang bermula, diselitkan satu slot bercerita bersama Kak Ain. Tak sangka adik-adik begitu teruja dan fokus ketika mendengar cerita dari Kak Ain. Manakala Ibu bapa pun turut serta.
.
Sesi petang pula diriuhkan lagi dengan aktiviti bersama Abang Amir. Aktiviti ini tidak semudah yang dijangkakan dimana adik-adik diberi beberapa tindihan cawan kertas dan salah satu cawan itu bertanda hitam yang kedudukannya diletakkan paling bawah. Adik-adik perlu menanggalkan setiap cawan kertas itu satu persatu kemudian tindihkan semula sehingga cawan kertas bertanda hitam itu berada diatas. Peserta terpantas akan berentap sehingga peringkat akhir.
.
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang masih belum menang, jangan risau kerana masih ada 2 hari lagi berbaki. Terima kasih kepada semua yang hadir. Ayuh semua ajaklah kawan-kawan, ahli keluarga dan sanak saudara untuk datang ke Perpustakaan bagi memeriahkan lagi suasana cuti sekolah. Tanpa anda Perpustakaan akan sepi.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Wowww!! Cuti Sekolah Kembali Lagi!! #2
Friday, 2024
28 MEI 2024 | SIAPA CANTIK? & SIMMOTION
Sesi pagi harini telah dimeriahkan dengan aktiviti Siapa Cantik? bersama Abang Adi. Aktiviti ini memberi peluang kepada adik-adik menonjolkan bakat dalam bidang fesyen dimana adik-adik perlu mencipta pakaian dengan menggunakan surat khabar terpakai. Selepas itu, adik-adik perlu mengayakan fesyen tersebut untuk diberikan markah oleh para juri. Terlihat pelbagai jenis pakaian yang cantik dan unik dihasilkan.
.
Sesi petang pula, telah diadakan aktiviti Simmotion bersama Abang Syafiq. Aktiviti ini berjalan secara berkumpulan dimana setiap kumpulan perlu mengerakkan bola pingpong dari garis mula hingga ke garis penamat menggunakan 10 utas tali yang diikat pada kotak yang mempunyai halangan. Aktiviti ini memberi pendedahan kepada adik-adik tentang pentingnya semangat kerjasama dalam pasukan.
.
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang hadir. Esok datang lagi tau, PERPUSTAM sentiasa menantikan kehadiran anda semua.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Wowww!! Cuti Sekolah Kembali Lagi!! #1
Tuesday, 2024
27 MEI 2024 | ANYAMAN PERAHU KERTAS & PENING KEPALA
Sesi pagi sempena hari pembukaan cuti sekolah ini dihiburkan dengan aktiviti Anyaman Perahu Kertas bersama Kak Nadia. Aktiviti ini mengasah bakat adik-adik dalam pembuatan perahu menggunakan kertas perlbagai warna berkonsepkan anyaman. Terlihat pelbagai jenis hasilan perahu kertas yang sungguh cantik dan kreatif oleh adik-adik.
.
Sesi petang pula, telah diadakan aktiviti Pening Kepala bersama Abang Izzwan. Aktiviti ini sangat menarik dimana adik-adik perlu berentap sesama sendiri untuk ke peringkat seterusnya. Cara permainannya ialah adik-adik perlu terbalikkan 8 cawan secara bertukar tangan dan apabila selesai adik-adik terus duduk di kerusi yang disediakan. Peserta terpantas dikira pemenang kemudian berentap semula sehingga perlawanan akhir.
.
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga bertemu lagi pada keesokan harinya.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Lawatan daripada SRITI Darul Qurro, Ayer Keroh
Tuesday, 2024
24 MEI 2024 (JUMAAT)
Masa : 9.00am – 12.00pm
Lawatan : SRITI Darul Qurro, Ayer Keroh
Jumlah : 18 Murid 4 Orang Guru Pengiring
Aktiviti dijalankan :
1. Taklimat ringkas berkaitan PERPUSTAM
2. Lawatan berpandu ke Perpustakaan Digital
3. Pengenalan tentang
4. Pendedahan tentang Permainan Interaktif yang disediakan di PERPUSTAM
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti