27 MEI 2024 | ANYAMAN PERAHU KERTAS & PENING KEPALA
Sesi pagi sempena hari pembukaan cuti sekolah ini dihiburkan dengan aktiviti Anyaman Perahu Kertas bersama Kak Nadia. Aktiviti ini mengasah bakat adik-adik dalam pembuatan perahu menggunakan kertas perlbagai warna berkonsepkan anyaman. Terlihat pelbagai jenis hasilan perahu kertas yang sungguh cantik dan kreatif oleh adik-adik.
.
Sesi petang pula, telah diadakan aktiviti Pening Kepala bersama Abang Izzwan. Aktiviti ini sangat menarik dimana adik-adik perlu berentap sesama sendiri untuk ke peringkat seterusnya. Cara permainannya ialah adik-adik perlu terbalikkan 8 cawan secara bertukar tangan dan apabila selesai adik-adik terus duduk di kerusi yang disediakan. Peserta terpantas dikira pemenang kemudian berentap semula sehingga perlawanan akhir.
.
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga bertemu lagi pada keesokan harinya.