AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM 4
Friday, 2024
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
16.02.2024 | CAPTEH
Hari Jumaat yang mulia ini diselitkan satu permainan diberi nama “Capteh” bersama Abang Acer. Seperti yang kita tahu, permainan “Capteh” atau sepak bulu ayam merupakan sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia dan Singapura. Permainan ini boleh dimainkan secara berseorangan atau lebih. Terlihat pelbagai reaksi dan adik-adik dalam permainan ini. Abang Acer pun boleh tahan juga nya, biasalah otai masih berbisa kan. Terima kasih kepada semua yang sudi sertai aktiviti harini. Semoga adik-adik terhibur dan jumpa esok untuk aktiviti seterusnya bersama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM 3
Friday, 2024
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
15.02.2024 | SEMAKIN JAUH SEMAKIN SAYANG
Aktiviti pada harini ialah “Semakin Jauh Semakin Sayang” bersama Abang Acer. Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan dimana, adik-adik perlu melontarkan belon berisi air ke arah pasangan masing-masing dan pasangan adik-adik perlu menyambut belon tersebut tanpa pecah. Pasangan yang belonnya pecah dikira tersingkir. Bagaikan bom air, habis basah pakaian adik-adik terkena percikan air dari belon yang pecah itu, sampai hati Abang Acer gelakkan adik-adik. Tahniah kepada semua pemenang, yang kalah jangan risau banyak lagi aktiviti boleh disertai sepanjang cuti sekolah ini. Terima Kasih kepada semua yang hadir.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Lawatan sambil belajar dari Tadika Al-Baghdadi
Friday, 2024
15 FEBRUARI 2024 (KHAMIS)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima lawatan sambil belajar dari Tadika Al-Baghdadi yang diwakili seramai 70 orang murid dan 7 orang guru pengiring. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi lawatan tersebut adalah :
1) Persembahan Puppet
2) Kuiz Bersama Kak Tasya
3) Menari Bersama-sama
4) Sesi Bercerita Bersama Abang Adi yang Bertajuk “Helang Yang Angkuh”
5) Permainan Interaktif :
a) Wall@Live
b) Class VR
6) Tayangan MOVIE
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM 2
Friday, 2024
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
14.02.2024 | OTAK KAMUS
Aktiviti pada harini diberi nama “Otak Kamus” bersama Abang “D”. Permainan ini diadakan secara berkumpulan dimana setiap kumpulan perlu meneka 10 soalan menguji minda yang diberikan oleh Abang “D”. Kemudian kumpulan yang menang akan berentap sesama sendiri untuk penentuan sebagai pemenang. Terlihat adik-adik seronok dan gembira menyertai aktiviti bersama Abang “D” . Terima Kasih kepada semua yang hadir. Jumpa esok ya adik-adik
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM 1
Thursday, 2024
AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
13.02.2024 | WATERSPELEN
Cuti sekolah pada bulan ini diserikan dengan aktiviti “Waterspelen” bersama Cek Da. Permainan ini sangat mencabar dimana adik-adik perlu meniup bola ping-pong dari cawan ke cawan yang berisi air. Kesian adik-adik, kering anak tekak dibuli oleh Cek Da kita dalam permainan ini . Terima Kasih kepada semua yang hadir. Semoga kita berjumpa lagi pada keesokan hari !
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
08 FEBRUARI 2024 (KHAMIS)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput untuk hadir ke Sekolah Rendah Arab (JAIM) Batang Tiga Timur, sempena Hari Kanak-Kanak. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :-
1. Persembahan Puppet
2. Kuiz Santai bersama Abang Wan & Kak Tasya
3. Penampilan Khas Maskot “MrBook”
4. Jualan Buku
5. Pameran U-Pustaka
Terima kasih kerana sudi menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Bengkel Literasi Maklumat & U-Pustaka
Thursday, 2024
Seramai 158 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Mas telah menyertai Bengkel Literasi Maklumat & U-Pustaka yang telah diadakan secara bersiri di sekolah itu baru-baru ini.
Bengkel Siri 1 diadakan pada 26.01.2024 telah disertai 47 orang murid; Siri 2 pada 31 .01.2024 disertai seramai 45 orang murid dan Siri 3 yang diadakan pada 07.02.2024 telah disertai seramai 66 orang murid.
Bengkel 3 Siri yang diadakan itu adalah bertujuan memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan mencari dan menggunakan maklumat dengan betul serta kepentingan dan penggunaan U-Pustaka bagi mendapatkan pelbagai maklumat dan bahan bacaan hanya di hujung jari sahaja.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Kunjung Hormat Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Melaka, Kementerian Dalam Negeri
Wednesday, 2024
Pengarah PERPUSTAM menerima kunjung hormat Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Melaka, Kementerian Dalam Negeri . Perjumpaan yang turut disertai oleh pegawai kedua-dua agensi ini berkongsi peranan dan fungsi serta peluang bagi menjalinkan kerjasama. Semoga perjumpaan ini menjadi asbab kerjasama dapat dijalinkan dengan erat dan memberikan manfaat kepada masyarakat.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Tadika Sri Prisma, sempena Hari Terbuka
Monday, 2024
04 FEBRUARI 2024 (AHAD)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput untuk hadir ke Tadika Sri Prisma, sempena Hari Terbuka. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :-
Permainan Interaktif:
1) Virtual Reality (VR)
2) Wall@Live
3) ColorMat@live
Terima kasih kerana sudi menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
02 FEBRUARI 2024 (JUMAAT)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput untuk hadir ke Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, sempena Hari Kanak-Kanak. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :-
1. Persembahan Puppet
2. Kuiz Santai Bersama Abang Wan dan Kak Tasya
3. Penampilan Khas Maskot “MrBook”
4. Jualan Buku
5. Virtual Reality (VR)
6. Pameran U-Pustaka
Terima kasih kerana sudi menjemput Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti