PERPUSTAM telah menerima kunjungan adik-adik comel dari Tadika Sri Prisma yang dihadiri seramai 11 orang murid yang diiringi 2 orang guru. Sepanjang lawatan ini berlangsung telah diadakan sesi pengenalan tentang perpustakaan, sesi bercerita bersama Abang Wan dan perkhidmatan zon interaktif . Terlihat adik-adik teruja dan gembira kerana berpeluang mengunjungi perpustakaan.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih kerana sudi berkunjung kesini dan semoga apa yang dipelajari harini dapat dikongsikan pada yang lain serta jika ada kelapangan ajaklah ibubapa untuk hadir sama-sama ke perpustakaan kerana disini macam-macam ada.