PERPUSTAM telah mengadakan Kursus Pengurusan Emosi dan Stres yang berlangsung selama 2 hari bermula 08 – 09 Oktober 2024 bertempat di Dewan Tuah. Seramai 46 orang kakitangan terlibat bagi kursus pada kali ini.
PERPUSTAM juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Siti Hasiah binti Jusoh dan Encik Muhammad Shaharudin bin Nuji, Pegawai Psikologi dari Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang telah memberikan pengisian motivasi dan aktiviti yang membina bagi pengurusan emosi dan stres kepada Pegawai dan Kakitangan PERPUSTAM.
Semoga kursus ini mampu meningkatkan produktiviti serta kemampuan kakitangan dalam mengelola emosi dan stres dalam tugasan harian.