Adik-adik berbakat? Jom serlahkan bakat adik-adik dengan menyertai Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan Siri 3 Daerah Melaka Tengah.
Tema : Cerita Rakyat Tempatan
Tarikh : 25 Ogos 2024 (Ahad)
Tempat : Pentas Utama, AEON Bandaraya Melaka
Hadiah lumayan menanti peserta.
Imbas kod QR untuk mendapatkan borang penyertaan, syarat- syarat penyertaan dan isikan borang kaji selidik pertandingan atau klik pautan : https://forms.gle/Kf2tEYb86pW4f6Zp7
Tarikh tutup penyertaan pada 23 Ogos 2024. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Urus Setia Pertandingan Bercerita Cerita Rakyat Tempatan,
Perpustakaan Awam Melaka
242-1, Jalan Bukit Baru, 75150 Melaka.
Tel : 06-2824859 (Pejabat)
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
No Comments
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL MASYARAKAT MEMBACA MELESTARI JIWA MERDEKA PERPUSTAKAAN CAWANGAN JASIN 2024
TARIKH : 13 OGOS 2024 (SELASA)
MASA : 8.00 – 2.00 PETANG
TEMPAT : PERPUSTAKAAN CAWANGAN JASIN
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Hari Kebangsaan 2024
Monday, 2024
Bagi menyemarakkan bulan Kemerdekaan , PERPUSTAM telah membuat pemasangan bendera Jalur Gemilang di sekitar bangunan Perpustakan Negeri. Ayuh serlahkan semangat patriotisme di dalam diri kita menjelang sambutan hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Melawat ke Perpustakaan Digital Kedah
Friday, 2024
Usai menghadiri hari pertama Persidangan Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia ( PTPM 2024) di Albukhary International University (AIU) Alor Star, Kedah, Team PERPUSTAM berkesempatan melawat ke Perpustakaan Digital Kedah bagi melihat perkhidmatan yang disediakan dan berkongsi idea serta pandangan bagi memantapkan perkhidmatan Perpustakaan Digital Melaka. Terima kasih Team Perpustakaan Digital Kedah atas sambutan dan layanan yang diberikan.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
VR Headset Classroom
Friday, 2024
01 Ogos 2024, KHAMIS – Sesi latihan VR Headset Classroom kepada petugas rangkaian PERPUSTAM telah diadakan di Dewan Kasturi. Perkhidmatan dengan teknologi Virtual Reality (VR) ini yang telah sedia ada di Perpustakaan Negeri akan ditawarkan pula kepada 4 buah perpustakaan cawangan iaitu Perpustakaan Cawangan Merlimau, Perpustakaan Cawangan Jasin, Perpustakaan Cawangan Masjid Tanah dan Perpustakaan Cawangan Alor Gajah. Ayuh orang Merlimau, orang Jasin, orang Alor Gajah dan orang Masjid Tanah jangan lepaskan peluang ini dan nantikan perkhidmatan yang bakal menanti anda tidak lama lagi.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti