AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
08.03.2024 | WORD SEARCH PUZZLE
Aktiviti penutup sempena cuti sekolah ini, telah diadakan satu lagi aktiviti iaitu ‘Word Search Puzzle‘ yang berlangsung pada sebelah petang bersama Abang Shafiq & rakan-rakan. Aktiviti ini menguji minda dan daya fokus seseorang dimana adik-adik diberi masa selama 20 minit untuk mencari seberapa banyak perkataan tersembunyi pada kertas yang diberi. Terlihat adik-adik memeras otak masing-masing untuk mencari perkataan yang tersembunyi itu. Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih semua kerana sudi datang bagi menceriakan suasana. Semoga kita bertemu lagi pada sesi cuti sekolah akan datang