AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
02.03.2024 | BENTO BOX
Kem Germ Buster Science Show dengan kerjasama Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bakal menutup tirai dengan aktiviti bertemakan “Bento Box“. Aktiviti terakhir ini sangat dimana adik-adik diberi peluang untuk belajar membuat roti sandwich yang sungguh sedap. Adik-adik juga diberikan pendedahan tentang langkah-langkah penyediaan makanan dengan cara yang betul. Terlihat adik-adik seperti seorang chef terkemuka ketika memakai apron dan topi chef yang disediakan. Bukan itu sahaja, roti sandwich adik-adik juga terlihat sedap untuk dimakan. Lepasni bolehlah adik-adik buat roti sandwich untuk ibu bapa masing-masing pula ya. Tapi jangan lupa jaga kebersihan tau. Semoga adik-adik dapat manfaat sepanjang Kem Germ Buster Science Show ini diadakan. Terima kasih kepada semua yang hadir.