
Hari ini diadakan Bengkel Teknik Bercerita: Cerita Rakyat di Dewan Tuah, Perpustakaan Negeri, Bukit Baru yang dihadiri 53 peserta dan 38 ibu bapa dan guru pengiring.
Bengkel bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa, guru pengiring dan peserta mengenai teknik asas bercerita yang betul menjelang Pertandingan Bercerita Rakyat Tempatan Peringkat Akhir pada 30 September 2023 sempena Pesta Buku Melaka 2023.
Peserta bengkel telah diberi bimbingan oleh Abang Naim dan Pak Abu dari JKKN Melaka mengenai Asas Teknik Lakonan dan Teknik Bercerita Dalam Persembahan serta bengkel dalam kumpulan.