PERPUSTAM telah mengambil bahagian dalam Pesta Buku Kanak- Kanak Selangor 2023 di Kompleks PKNS Shah Alam. Slot bersama PERPUSTAM pada hari kedua iaitu 28 Julai 2023 bermula jam 3.00 hingga 4.00 petang telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan badut, kotak misteri, ping-pong ‘egg challenge’, ‘ball into the hole’, ‘choppy-choppy stik’. PERPUSTAM turut membuat pameran di reruai yang dikhaskan untuk Majlis- Majlis Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia ( MPAM) dari jam 4.00 petang hingga 7.00 malam
Terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor atas jemputan serta ruang kepada PERPUSTAM beraksi pada hari ini