
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah mengadakan Pameran Perpustakaan dan Jualan Buku bersempena Bulan Membaca di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Alor Gajah, hari ini.
Selain pameran dan jualan buku, turut diadakan Kuiz Kenali Perpustakaan, pertandingan Mencari perkataan dan aktiviti persembahan Boneka serta maskot Sang Kancil dan Raja Rimba daripada kakitangan Perpustakaan Awam Cawangan Alor Gajah.