Pembaca Aktif Tahun 2023
Thursday, 2024
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024
23 April 2024 (Selasa)
Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
PEMBACA AKTIF TAHUN 2023
Pihak PERPUSTAM komited dalam memberi penghargaan kepada para peminjam buku di seluruh rangkaian PERPUSTAM. Justeru, usai Majlis Perasmian Perpustakaan Digital Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024, telah diadakan sesi penyampaian hadiah kepada Pembaca Aktif Tahun 2023. Hadiah dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu Kanak-kanak, Belia, Dewasa dan Orang Kelainan Upaya (OKU). Sesi penyampaian hadiah adalah seperti berikut :
KATEGORI KANAK-KANAK
Nur Auni Izzara binti Mohd Hafis
KATEGORI BELIA
Emir Rizqi bin Fahmi Asyadi
KATEGORI DEWASA
Ahmad Mustafa bin Mohd Nor
KATEGORI WARGA EMAS
Rosnah binti Noori
KATEGORI OKU
Muhammad Danish Dhiyaulhaq bin Rosman
Syabas dan tahniah kepada Pembaca Aktif Tahun 2023. Semoga penghargaan ini mampu menjadi pendorong dan pembakar semangat mereka untuk terus meminjam bahan-bahan perpustakaan di seluruh rangkaian PERPUSTAM serta menerapkan amalan membaca dalam kehidupan seharian. JOM BACA !
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
No Comments
Pertandingan Perpustakaan Keluarga
Thursday, 2024
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024
23 April 2024 (Selasa)
Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
PERTANDINGAN PERPUSTAKAAN KELUARGA
Bagi menerapkan minat membaca dalam kalangan anggota keluarga, pihak PERPUSTAM telah mengadakan Pertandingan Perpustakaan Keluarga Tahun 2023/2024 bersempena dengan Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024. Terdapat 3 Kategori dipertandingkan iaitu Kategori A (Rumah Desa/Kampung), Kategori B (Rumah Taman Perumahan) dan Kategori C (Rumah Pangsa/Pangsapuri). Sesi penyampaian hadiah adalah seperti berikut :
KATEGORI A (Rumah Desa/Kampung)
JOHAN : Haji Yahya bin Haji Yusof
NAIB JOHAN : Nur Khaira Izwa binti Ahmad
KETIGA : Noriza binti Nor
KATEGORI B (Rumah Taman Perumahan)
JOHAN : Siti Mariam binti Hussin
NAIB JOHAN : Norhana binti Ahad
KETIGA : Kunjee Krishnan A/L Kuppusamy
KATEGORI C (Rumah Pangsa/Pangsapuri)
JOHAN : Mohammad Sufian bin Talib
NAIB JOHAN : Noraeishah binti Abu Hassan
KETIGA : Norina Rabeah binti Muhamad Narodin
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Perpustakaan Keluarga Tahun 2023/2024.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
SESI PERKONGSIAN BERSAMA USTAZ SELEBRITI
Wednesday, 2024
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024
23 April 2024 (Selasa)
Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
SESI PERKONGSIAN BERSAMA USTAZ SELEBRITI
Telah diadakan Sesi Perkongsian Bersama Ustaz Selebriti iaitu Da’i Izzhar Ahmad Nazri bertajuk “Baca dan Bahagia” bertempat di Dewan Lekir, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga ilmu yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Perpustakaan Digital Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024
Wednesday, 2024
Majlis Perasmian Perpustakaan Digital Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024
YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka telah menyempurnakan Majlis Perasmian Perpustakaan Digital dan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit bertempat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada tetamu jemputan yang memeriahkan majlis pada hari ini.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada peserta dan pengiring Pertandingan Mewarna, Pertandingan Jejak Maklumat , Bengkel Literasi Maklumat, Bengkel Penulisan Ebook dengan Canva dan Sesi Perkongsian Bersama Ustaz Selebriti.
Kepada pempamer yang mengambil bahagian iaitu BERNAMA, Fargoes, K-Focus, Edu Apps dan Sasbadi terima kasih atas penyertaan dan sokongan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua rangkaian PERPUSTAM, agensi kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi, Sekolah-Sekolah, Tadika dan semua pihak yang menyertai serta menyokong program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit peringkat negeri Melaka bagi tahun 2024.
Usai Majlis Perasmian Perpustakaan Digital Bersempena Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024, YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka dibawa ke Perpustakaaan Digital diiringi oleh Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM serta Ahli Lembaga Pengarah PERPUSTAM bagi gimik perasmian serta melihat ruang perkhidmatan di Perpustakaan Digital.
Kita jumpa lagi pada program pada tahun hadapan
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Bengkel Penulisan EBook Dengan Canva Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024
Wednesday, 2024
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024
23 April 2024 (Selasa)
Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
BENGKEL PENULISAN EBOOK DENGAN CANVA
Telah diadakan Bengkel Penulisan Ebook Dengan Canva bersama Dr Mumtaz Begam (Canva Empowered Canvassador) bertempat di Dewan Kasturi, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit. Kursus ini adalah sebuah bagi tujuan mempelajari teknik mencipta judul dan idea untuk kulit ebuku yang berkonsepkan muka depan yang akan memikat para pembaca. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir, semoga ilmu yang dipelajari harini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Pertandingan Jejak Maklumat Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024
Wednesday, 2024
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024
23 April 2024 (Selasa)
Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT
Telah diadakan Pertandingan Jejak Maklumat Sekolah Menengah (Berkumpulan) bertempat dalam persekitaran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. Seramai 30 kumpulan dari 3 Sekolah Menengah iaitu SMKA Sharifah Rodziah, SMKA Sultan Muhammad dan SMK Tinggi Melaka telah berentap bagi pertandingan ini. Sesi penyampaian hadiah adalah seperti berikut :
JOHAN : Kumpulan Bunga (SMKA Sharifah Rodziah)
NAIB JOHAN : Kumpulan Maras (SMKA Sultan Muhammad)
KETIGA : Kumpulan CBT (SMK Tinggi Melaka)
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Jejak Maklumat pada hari ini.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Bengkel Literasi Maklumat & Pengurusan Pusat Sumber Bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024
Wednesday, 2024
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Pertandingan Mewarna Tahap 2 Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024
Wednesday, 2024
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2024
23 April 2024 (Selasa)
Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
PERTANDINGAN MEWARNA
Program Jom Baca Bersama 10 Minit diwarnai dengan Pertandingan Mewarna (Tahap 2) bertempat di Mini Gimnasium Aras 1, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. Sesi penyampaian hadiah Pertandingan Mewarna (Tahap 2) adalah seperti berikut :
JOHAN : Nur Ellisya Qistina binti Muhd Fauzie (SK Bendahara Seri Maharaja)
NAIB JOHAN : Muhammad Akmal Rayyan bin Jumahirudin (SK Melaka Pindah)
KETIGA : Nur Raudah Umairah bin Jumahirudin (SK Melaka Pindah)
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir memberi sokongan kepada para peserta. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Mewarna (Tahap 2) pada hari ini.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Menghormati lagu Negaraku dan lagu Melaka Maju Jaya
Tuesday, 2024
Warga PERPUSTAM dan pengunjung perpustakaan berdiri tegak menghormati lagu Negaraku dan lagu Melaka Maju Jaya yang dikumandangkan pada setiap hari Isnin jam 10.00 pagi bagi menyemarakkan semangat patriotisme dikalangan warga penjawat awam seiring dengan aspirasi YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Auditan bagi pensijilan semula MS ISO 37001 : 2016 Anti Bribery Management System ( ABMS) / Sistem Pengurusan Anti Rasuah
Tuesday, 2024
PERPUSTAM telah selesai menjalani auditan bagi pensijilan semula MS ISO 37001 : 2016 Anti Bribery Management System ( ABMS) / Sistem Pengurusan Anti Rasuah pada 5 dan 6 April 2024.
Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Audit dari SIRIM iaitu Pn Kamsiah Mansoor selaku Audit Team Leader , Pn Suri Yati Amran dan Encik Sethuraman Ramasamy selaku auditor.
Tahniah Warga PERPUSTAM atas pensijilan semula MS ISO 37001 : 2016
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti