SOALAN LAZIM (FAQ)

1)

Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas kepada Bahagian Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka?

 

Jawapan : Sila klik dan isi borang maklumbalas yang boleh didapati di bahagian Hubungi Kami.
(Anda juga boleh menghubungi kami berdasarkan maklumat yang terdapat di bahagian tersebut.)

2)

Bagaimanakah cara untuk berhubung dengan Pihak Pengurusan?

 

Jawapan : Sila klik dan semak di senarai Pengurusan PERPUSTAM di Profil Pengurusan.

3)

Bagaimanakah caranya untuk mencari buku secara atas talian?

 

Jawapan : Sila klik dan memasuki apa-apa perkataan yang mengenai dengan tajuk buku itu di Carian Buku Atas Talian.

4)

Berapakah jumlah bayaran untuk menjadi ahli biasa?

 

Jawapan : Pendaftaran untuk kategori ahli biasa adalah percuma.

5)

Jumlah buku yang dibenarkan untuk pinjaman bagi kategori ahli biasa?

 

Jawapan : Untuk kategori ahli biasa jumlah pinjaman adalah sebanyak 5 buah buku.

6)

Perlukah membayar yuran untuk memperbaharui keahlian untuk kategori ahli biasa?

 

Jawapan : Memperbaharui untuk kategori keahlian biasa adalah percuma.

7)

Dimanakah perpustakaan yang boleh saya pergi sekiranya saya ingin membaca buku atau mendapatkan bahan bacaan selepas jam 5.00 petang?

 

Jawapan : Terdapat dua perpustakaan yang menawarkan perkhidmatan selepas jam 5.00 petang iaitu di Perpustakaan Komuniti 1 Malaysia UTC ditingkat 6 Bangunan UTC dan Perpustakaan Komuniti 1 Malaysia AEON ditingkat 2, Pasaraya AEON diPeringgit Melaka.

8)

Apakah perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna perpustakaan selain daripada bahan bacaan yang terdapat diperpustakaan negeri?

 

Jawapan : Perkhidmatan tambahan adalah Perkhidmatan Mini Gimnasium, Perkhidmatan Wifi, Perkhidmatan Siber, Perkhidmatan Perkhidmatan Penggunaan Komputer Tablet,Perkhidmatan I-Pen, Bilik Tayangan 3D, Pinjaman Sementara Untuk Netbook, Perkhidmatan Multi Media, Ruang Santai dan tempat permainan kanak –kanak.

9)

Apakah alamat untuk ‘Facebook’ PERPUSTAM??

 

Jawapan : Sila klik Facebook PERPUSTAM.

TOP